Selasa, 24 November 2015

DIA

Sedangkan kau bernafas, kau perlukan udara untuk dihela..
Inikan pula kehidupan kau, kau memerlukan alasan untuk terus melangkah..

Dan alasan untuk itu adalah Dia..
Hanya Dia..
Cuma Dia..
Dan kerana Dia..

Bukan sahaja demi dunia semata..
Malahan kau perlukan Dia untuk keseluruhannya..

Andai kau mampu dekat dengan-Nya..
Kau akan mampu capai dan raih segalanya..

Dan seandainya Dia kau jauhi..
Kau akan merasa tiada yang mencukupi...

Waktu Tika Dulu

Aku rindu..

Rindu kala waktu tika dulu..

Yang mana, tiada istilah sakit kerana terluka..
Yang mana, tiada istilah nangis kerana kecewa..

Apa yang dibenak hati dan fikiran kala itu..

Cumalah keseronokan bermain..
Hanyalah tangisan dari anak kecil...

Kita Masih Hamba

Kau kaya, harta melimpah..
Aku miskin, hidup kepayah..

Kau hebat, semua memuji..
Aku biasa, sekadar bermimpi..

Kau megah, pangkat terangkat..
Aku dibawah, menyeka keringat..

Namun, ada satu hal yang kau wajib tahu..

Kau dan aku, kita tetap serupa..

Hakikatnya, kita masih bergelar HAMBA...

Mata Hati

Dalam hidup kita ini,
Kita harus syukuri dan hargai dengan apa yang Dia tentukan..
Kerana Dia takkan hadirkan atau tetapkan sesuatu itu tanpa sebab..
Jangan sehingga ia berlalu perlahan lalu lenyap ditelan waktu, baru waktu itu kita nak fikirkan, kita nak hargai..
Waktu itu semuanya dah terlambat..

Cuma ada satu perkara yang harus kau tahu..

Terkadang yang buruk itu datang awal dari yang baik..
Waktu itu, yang perlu ada dalam kotak hati kau adalah bertahan, bertahan, dan bertahan..

Hingga tiba saat yang baik meminta izin untuk mengisi ruangan..
Waktu ini kau perlu buka mata hati kau seluas luasnya, kerana ia bukan saja menentukan kehidupan kau untuk hari ini. Malah untuk hari esok, seterusnya, dan masa depan...

Harapan

Jangan terlalu berharap..

Aku cuma mampu kata, jangan terlalu tinggi sangat letakkan pengharapan tu..

Impian..
Ibarat segenggam debu pada telapak tangan kau..
Kau jaga baik-baik, lindungi, genggam se erat-eratnya..
Hanya untuk kau bawa dan persembahkan kepada dia..

Bila kau dah sampai didepan dia..
Kau buka telapak tangan kau, dan kau tunjukkan kepada dia betapa bersungguh-sungguhannya kau jaga debu tu..

Kau tahu apa dia buat?
Dia tiup debu tu sehingga berterbangan dibawa angin, lalu lenyap dalam sekelip mata..

Yang tinggal kini cuma saki baki kesan debu pada telapak tangan kau, itu pun dia takkan pandang...

Ujian

Ujian...

Lepas satu ujian, datang lagi satu ujian..
Selesai satu masalah, tiba pula masalah baru..

Hidup memang begitu, ibarat sebuah permainan video..
Menang level satu, naik pula ke level 2..
Semakin naik ke level berikutnya, maka semakin sukar permainannya..

Kadang aku sampai rasa nak maki hamun saja orang yang buat game susah nie, rasa fedup sampai aku malas nak hadap lalu tekan button off..

Tapi aku sedar satu perkara..
Game yang susah tu takkan dicipta andai tiada pemain yang berjaya memenanginya..
Bukan ke tujuan game tu untuk menghiburkan hati?

Jadinya, begitu juga dengan ujian..
Aku percaya aku cukup kuat untuk hadapi ujian nie, kerana Allah takkan beri ujian yang berat dan penuh advanture pada calang-calang hamba-Nya..
Hanya mereka yang terpilih dan cukup sado jer yang dapat 'gift' nie..

Ujian...

Makin lepas satu ujian, makin mencabar ujian yang berikutnya..
Makin berjaya tempuhinya, makin naik level imannya..

Kalau nak maju, makanya bersabar..
Kalau nak berjaya, makanya bertahan..

Kau nak sampai ke peringkat akhir?
Kau jangan cepat putus asa!
Kau nak digelar the winner?
Kau kena lakukan sehabis mungkin!

Tiap-tiap ujian..
Aku harap aku akan cukup kuat untuk tempuhinya..

Harap-harap...

Isnin, 23 November 2015

Aku Maafkan Kau Dunia Akhirat

Setiap kesalahan kau,
Walaupun kau tak pernah mengakuinya.
Seringkali menafikannya.

Hati kau tertawa pada setiap kebodohan aku yang terlalu mudah percaya dan menyimpati. Kenaifan aku yang masih mempertahankan kau.

Aku maafkan,
Bahkan telah aku maafkan sebelum kau menyedari dan memohon daripada aku.

Ya, aku memang manusia lemah.
Yang terlalu mudah memaafkan dan memadam dendam.

Tapi aku mohon,
Jangan kau lakukan hal yang sama sepertimana kau lakukan pada diri aku kepada orang lain.
Tiap-tiap orang mempunyai sifat yang berbeza.

Pesan aku satu,
Allah Maha Adil.
Boleh jadi kifarah ini nanti sampai ke giliran kau.

Aku cuma mampu kata,
Aku maafkan kau dunia akhirat.

Lesson In Life

Pernah tengok orang koyakkan kertas tahap habis habisan tak?

Macam itulah hati aku. Dikoyak koyak, dicarik carik, hingga bertaburan menjadi keping keping kecil.

Aku kutip satu persatu sambil air mata berjujuran laju membasahi pipi, perlu tempoh masa untuk aku pungut keseluruhannya. Tempoh yang lama.

Kemudian aku susun semula menjadi bentuk. Tapi bentuknya tidak sama seperti sebelumnya, sama sekali berlainan dari bentuk sebelumnya yang sempurna.

Aku lekatkan pelekat plastik. Selesai saja, aku kesat air mata. Kepingan kertas yang rapuh itu berubah menjadi sekeping kertas yang dibaluti plastik tahan lasak. Dikoyak koyak dicarik carik, namun ia tetap takkan terhiris.

Nak tahu sesuatu?

Macam itulah hati aku sekarang. Dari hati yang lemah dan mudah terguris kini dilindungi tembok tabah dan kental.

Ujian?

Bukan bermakna kau harus terus terjelupuk dalam kejatuhan. Tapi seharusnya kau bangkit, dan perbaiki kelemahan diri kau. Sampai satu tahap kau akan cukup kuat untuk hadap kembali ke egoan dunia nie.

Pesan aku satu,

Belajar dari kehidupan.

Kau Cuma Masa Lalu 2

Kau ingat?

Di landas jejantas itu, kita menatap awan sambil melontar jauh harapan untuk masa depan..

Kau, aku, kita berharap ianya menjadi KITA..
Kau, aku, kita berharap ianya menjadi BERSAMA..
Kau, aku, kita mencipta dunia..
Sebuah dunia yang cuma ada KAU, dan AKU..

Kau ingat?

Di pentas jejantas itu, kita menikmati hamparan angin petang sambil melontar pandangan ke arah fajar terbenam..

Kau, aku, kita berharap esok hari dan akan datang tetap seperti ini..
Kau, aku, bermimpi seribu tahun lagi kita tetap bergandingan seperti kala ini..
Kau, aku, kita mengukir janji yang senantiasa kita pateri..
Sebuah ikatan yang wujud didalamnya cuma KAU, AKU, KITA, dan BERSAMA..

10 tahun telah berlalu..
Apa kau masih ingat setiap lembaran hari-hari dahulu?

Waktu sinis tiada menunggu..
Apa kau masih kenang setiap bingkisan kisah kau dan aku?

14 tahun telah banyak berubah..
Dan kini aku ketahui kau bahagia disana..

14 tahun telah merubah aku dewasa..
Dan kini tiba saat aku mulai melangkah..

Meninggalkan kau, aku, dan masa lalu..
Diantara kau, dan aku, itu cuma masa lalu...

Selasa, 17 November 2015

Aku Bukan Boneka

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau perlu, kau cari..
Dan bilamana kau tak perlu, kau tolak tepi..

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau sunyi, kau ingati..
Dan bilamana kau tak sendiri, kau lupai..

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau menangis, kau dakapi..
Dan bilamana kau ketawa, kau buangi..

Aku bukan boneka..

Yang menjadi alat hiburan kau semata..
Dan menjadi mainan kepuasan kau semata..

Aku bukan boneka..

Yang cuma diguna bila masa kau bosan..
Dan tinggal dicampak bila waktu kau jemu..

Aku bukan boneka..
Aku masih punya maruah...

Ahad, 8 November 2015

Cuma Satu Peluang

Kau pernah memberi dia satu peluang, dan dia juga pernah membuatkan kau terluka. Terluka lagi dan lagi.

Namun kau masih tetap memberikan dia lagi satu peluang, lagi satu lagi dan lagi.

Aku cuma meminta kepada kau satu peluang, cuma satu. Akhirnya aku yang terluka.