Selasa, 24 November 2015

DIA

Sedangkan kau bernafas, kau perlukan udara untuk dihela..
Inikan pula kehidupan kau, kau memerlukan alasan untuk terus melangkah..

Dan alasan untuk itu adalah Dia..
Hanya Dia..
Cuma Dia..
Dan kerana Dia..

Bukan sahaja demi dunia semata..
Malahan kau perlukan Dia untuk keseluruhannya..

Andai kau mampu dekat dengan-Nya..
Kau akan mampu capai dan raih segalanya..

Dan seandainya Dia kau jauhi..
Kau akan merasa tiada yang mencukupi...

Waktu Tika Dulu

Aku rindu..

Rindu kala waktu tika dulu..

Yang mana, tiada istilah sakit kerana terluka..
Yang mana, tiada istilah nangis kerana kecewa..

Apa yang dibenak hati dan fikiran kala itu..

Cumalah keseronokan bermain..
Hanyalah tangisan dari anak kecil...

Kita Masih Hamba

Kau kaya, harta melimpah..
Aku miskin, hidup kepayah..

Kau hebat, semua memuji..
Aku biasa, sekadar bermimpi..

Kau megah, pangkat terangkat..
Aku dibawah, menyeka keringat..

Namun, ada satu hal yang kau wajib tahu..

Kau dan aku, kita tetap serupa..

Hakikatnya, kita masih bergelar HAMBA...

Mata Hati

Dalam hidup kita ini,
Kita harus syukuri dan hargai dengan apa yang Dia tentukan..
Kerana Dia takkan hadirkan atau tetapkan sesuatu itu tanpa sebab..
Jangan sehingga ia berlalu perlahan lalu lenyap ditelan waktu, baru waktu itu kita nak fikirkan, kita nak hargai..
Waktu itu semuanya dah terlambat..

Cuma ada satu perkara yang harus kau tahu..

Terkadang yang buruk itu datang awal dari yang baik..
Waktu itu, yang perlu ada dalam kotak hati kau adalah bertahan, bertahan, dan bertahan..

Hingga tiba saat yang baik meminta izin untuk mengisi ruangan..
Waktu ini kau perlu buka mata hati kau seluas luasnya, kerana ia bukan saja menentukan kehidupan kau untuk hari ini. Malah untuk hari esok, seterusnya, dan masa depan...

Harapan

Jangan terlalu berharap..

Aku cuma mampu kata, jangan terlalu tinggi sangat letakkan pengharapan tu..

Impian..
Ibarat segenggam debu pada telapak tangan kau..
Kau jaga baik-baik, lindungi, genggam se erat-eratnya..
Hanya untuk kau bawa dan persembahkan kepada dia..

Bila kau dah sampai didepan dia..
Kau buka telapak tangan kau, dan kau tunjukkan kepada dia betapa bersungguh-sungguhannya kau jaga debu tu..

Kau tahu apa dia buat?
Dia tiup debu tu sehingga berterbangan dibawa angin, lalu lenyap dalam sekelip mata..

Yang tinggal kini cuma saki baki kesan debu pada telapak tangan kau, itu pun dia takkan pandang...

Ujian

Ujian...

Lepas satu ujian, datang lagi satu ujian..
Selesai satu masalah, tiba pula masalah baru..

Hidup memang begitu, ibarat sebuah permainan video..
Menang level satu, naik pula ke level 2..
Semakin naik ke level berikutnya, maka semakin sukar permainannya..

Kadang aku sampai rasa nak maki hamun saja orang yang buat game susah nie, rasa fedup sampai aku malas nak hadap lalu tekan button off..

Tapi aku sedar satu perkara..
Game yang susah tu takkan dicipta andai tiada pemain yang berjaya memenanginya..
Bukan ke tujuan game tu untuk menghiburkan hati?

Jadinya, begitu juga dengan ujian..
Aku percaya aku cukup kuat untuk hadapi ujian nie, kerana Allah takkan beri ujian yang berat dan penuh advanture pada calang-calang hamba-Nya..
Hanya mereka yang terpilih dan cukup sado jer yang dapat 'gift' nie..

Ujian...

Makin lepas satu ujian, makin mencabar ujian yang berikutnya..
Makin berjaya tempuhinya, makin naik level imannya..

Kalau nak maju, makanya bersabar..
Kalau nak berjaya, makanya bertahan..

Kau nak sampai ke peringkat akhir?
Kau jangan cepat putus asa!
Kau nak digelar the winner?
Kau kena lakukan sehabis mungkin!

Tiap-tiap ujian..
Aku harap aku akan cukup kuat untuk tempuhinya..

Harap-harap...

Isnin, 23 November 2015

Aku Maafkan Kau Dunia Akhirat

Setiap kesalahan kau,
Walaupun kau tak pernah mengakuinya.
Seringkali menafikannya.

Hati kau tertawa pada setiap kebodohan aku yang terlalu mudah percaya dan menyimpati. Kenaifan aku yang masih mempertahankan kau.

Aku maafkan,
Bahkan telah aku maafkan sebelum kau menyedari dan memohon daripada aku.

Ya, aku memang manusia lemah.
Yang terlalu mudah memaafkan dan memadam dendam.

Tapi aku mohon,
Jangan kau lakukan hal yang sama sepertimana kau lakukan pada diri aku kepada orang lain.
Tiap-tiap orang mempunyai sifat yang berbeza.

Pesan aku satu,
Allah Maha Adil.
Boleh jadi kifarah ini nanti sampai ke giliran kau.

Aku cuma mampu kata,
Aku maafkan kau dunia akhirat.

Lesson In Life

Pernah tengok orang koyakkan kertas tahap habis habisan tak?

Macam itulah hati aku. Dikoyak koyak, dicarik carik, hingga bertaburan menjadi keping keping kecil.

Aku kutip satu persatu sambil air mata berjujuran laju membasahi pipi, perlu tempoh masa untuk aku pungut keseluruhannya. Tempoh yang lama.

Kemudian aku susun semula menjadi bentuk. Tapi bentuknya tidak sama seperti sebelumnya, sama sekali berlainan dari bentuk sebelumnya yang sempurna.

Aku lekatkan pelekat plastik. Selesai saja, aku kesat air mata. Kepingan kertas yang rapuh itu berubah menjadi sekeping kertas yang dibaluti plastik tahan lasak. Dikoyak koyak dicarik carik, namun ia tetap takkan terhiris.

Nak tahu sesuatu?

Macam itulah hati aku sekarang. Dari hati yang lemah dan mudah terguris kini dilindungi tembok tabah dan kental.

Ujian?

Bukan bermakna kau harus terus terjelupuk dalam kejatuhan. Tapi seharusnya kau bangkit, dan perbaiki kelemahan diri kau. Sampai satu tahap kau akan cukup kuat untuk hadap kembali ke egoan dunia nie.

Pesan aku satu,

Belajar dari kehidupan.

Kau Cuma Masa Lalu 2

Kau ingat?

Di landas jejantas itu, kita menatap awan sambil melontar jauh harapan untuk masa depan..

Kau, aku, kita berharap ianya menjadi KITA..
Kau, aku, kita berharap ianya menjadi BERSAMA..
Kau, aku, kita mencipta dunia..
Sebuah dunia yang cuma ada KAU, dan AKU..

Kau ingat?

Di pentas jejantas itu, kita menikmati hamparan angin petang sambil melontar pandangan ke arah fajar terbenam..

Kau, aku, kita berharap esok hari dan akan datang tetap seperti ini..
Kau, aku, bermimpi seribu tahun lagi kita tetap bergandingan seperti kala ini..
Kau, aku, kita mengukir janji yang senantiasa kita pateri..
Sebuah ikatan yang wujud didalamnya cuma KAU, AKU, KITA, dan BERSAMA..

10 tahun telah berlalu..
Apa kau masih ingat setiap lembaran hari-hari dahulu?

Waktu sinis tiada menunggu..
Apa kau masih kenang setiap bingkisan kisah kau dan aku?

14 tahun telah banyak berubah..
Dan kini aku ketahui kau bahagia disana..

14 tahun telah merubah aku dewasa..
Dan kini tiba saat aku mulai melangkah..

Meninggalkan kau, aku, dan masa lalu..
Diantara kau, dan aku, itu cuma masa lalu...

Selasa, 17 November 2015

Aku Bukan Boneka

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau perlu, kau cari..
Dan bilamana kau tak perlu, kau tolak tepi..

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau sunyi, kau ingati..
Dan bilamana kau tak sendiri, kau lupai..

Aku bukan boneka..

Yang bilamana kau menangis, kau dakapi..
Dan bilamana kau ketawa, kau buangi..

Aku bukan boneka..

Yang menjadi alat hiburan kau semata..
Dan menjadi mainan kepuasan kau semata..

Aku bukan boneka..

Yang cuma diguna bila masa kau bosan..
Dan tinggal dicampak bila waktu kau jemu..

Aku bukan boneka..
Aku masih punya maruah...

Ahad, 8 November 2015

Cuma Satu Peluang

Kau pernah memberi dia satu peluang, dan dia juga pernah membuatkan kau terluka. Terluka lagi dan lagi.

Namun kau masih tetap memberikan dia lagi satu peluang, lagi satu lagi dan lagi.

Aku cuma meminta kepada kau satu peluang, cuma satu. Akhirnya aku yang terluka.

Selasa, 20 Oktober 2015

Such A Beautiful Lie

Jika dahulu,
Kau jatuhkan aku dalam keadaan sedih.

Jangan salahkan aku,
Jika kini aku bangun dalam keadaan benci.

Aku tidak mahu begini,
Dan aku juga tidak mahu seperti ini.

Cuma,
Jangan aku dicari kau lagi.
Bila aku dah berhasil melupakan dan melangkah kembali.

Bukan aku yang ego mahupun bersikap prajudis.
Tapi semuanya bermula dengan kesombongan kau yang tidak tahu menilai diantara yang buruk dan baik.

Ya! Kau cukup bodoh dalam memberi harapan,
Akhirnya kau sendiri yang hancurkan impian tanpa belas kasihan.

Such a beautiful lie!

Rabu, 30 September 2015

Kau Aku Nanti

Mungkin nanti..
Aku hanya akan menjadi sebuah kepingan kenangan..
Yang perlahan memudar dan akhirnya terpadam dari ingatan kau selama ini..
Nama aku mulai terhakis lalu terkubur seiring waktu yang melewati...

Akan tetapi..
Bukan itu yang aku risaukan..

Aku cuma takut andai kau tak mampu mendakap kebahagiaan yang selama ini kau impikan..

Mungkin nanti..
Aku hanya akan menjadi bait kenangan yang pernah singgah dalam hidup kau..
Bermukim sementara, lalu beransur lenyap dibawa arus waktu yang penghujungnya cuma menjadi kisah lalu..

Walau begitu..
Doa aku untuk kau takkan pernah terputus..

Kerana bagi aku, kau layak dan berhak dibelai kebahagiaan yang akan mewarnai dengan pelbagai keindahan selama hidup kau..

Aku tahu..
Masa lalu kau cukup menyakitkan..
Masa lalu kau cukup memedihkan...
Masa lalu kau cukup memilukan.....

Kerana itu aku sangat berharap, biarlah masa depan kau diulit dengan kebahagiaan yang sesungguhnya...
Kebahagiaan yang akan menutup tirai duka dan luka masa lalu kau...

Antara kau dan aku..
Tak pasti siapa yang bakal pergi dulu..
Cuma, aku hanya mampu berharap..
Suatu hari nanti, benak hati kau akan terbuka untuk mengingati janji kita satu tika dulu...

Siapa dahulu yang ke Sana..
Dia yang akan tunggu di Pintu Gerbang itu..
Diantara kau dan aku..
Siapa akan tunggu siapa diwaktu itu...
Kau atau aku...
Setialah menunggu.....

Isnin, 14 September 2015

Kau Cuma Masa Lalu

Kau cuma masa lalu....

Yang hadir, lantas berlalu..
Bermadah kosa semanis madu..
Menyalur frasa sejuta rindu..

Tiba saat..
Kau lenyap bagai angin kabus..

Dan tiba saat..
Harus ku ungkap..

Kau cuma masa lalu......

Ahad, 13 September 2015

Mimpi

Betapa indahnya..

Memeluk bahagia yang selama ini kau impi..

Mendakap kasih yang telah lama kau nanti..

Dan menggenggam cinta yang telah berkurun kau tagih..

Sampai masa...

Kau buka mata...

Dan hati berkata...

"Aku cuma bermimpi.."

Sabtu, 12 September 2015

INTAI-INTAI Dosa Orang, Tak REFLEKSI Dosa Sendiri.

"Wehh. Golongan Jahil merata wehh" 

"Hahh? Biar betul?" 

INTAI-INTAI dosa orang, tapi tak REFLEKSI dosa sendiri..

Apa yang kali ini aku cuba nak sampaikan?

Ok. Aku beri contoh.

Ada seorang budak perempuan nie pernah berzina. Yang lebih memilukan, video sex dia tersebar ke seluruh benua dan ceruk negara.

"Beb kau tengok minah tu, berzina dengan si polan" 

"Ehh.. mana kau tahu?" 

"Aku dah tengok dah video dia. Hishh.. parah!" 

See?

Faham apa yang aku cuba nak sampaikan?

Dok mengata orang tu berzina. Tapi diri sendiri pun dalam masa yang sama turut berzina! Zina mata, tengok benda tak senonoh. Zina nie banyak bahagian. Bukan setakat adakan hubungan kelamin jer. Lepas tu mengumpat, bergosip, buka aib orang. Cuba fikir guna otak sikit, ingat senang ke bagi diri dia nak lupakan kisah lama. Luka lama. Kenapa nak toreh kembali parut lama dia?!

Dok jeling dosa orang, tapi tak jengah dosa sendiri..
Nak lagi sedap?

"TAK CERMIN DOSA SENDIRI!"

Kau, aku, dia, mereka..
Kita serupa..
Pendosa tanpa noktah!

Sepatutnya dosa dia tu kau jadikan medium pengajaran, yang mana kau wajib jauhi atau pelihara diri dari berbuat hal yang sama seperti tu. Aku ulang lagi sekali, sebagai PENGAJARAN!

Bukan dijadikan sebagai bahan gosip mengata itu ini. Burukkan dia. Viral dosa dia. Sebarkan aib dia. Bukan der..BUKAN!

Cuba kau kira sekarang..
Berapa banyak 'manusia' yang tegur, yang bimbing dia berbanding 'manusia' yang mengata dia..bash dia. Berapa? Lebih banyak yang mana?

So, rasanya dah dapat kot tangkap apa mesej yang aku selitkan disebalik pokok serai nie. Moga muhasabah. Moga berubah.

P/S: Kita dok cemuh dosa orang lain, tapi sebenarnya mungkin dosa kita lagi parah dari mereka. Cuma, Allah masih baik hati tutup aib kita. Jadi? Bersyukurlah...

What You Give, You Will Get Back!

Bila aku tengok tempat tinggal aku dulu..
Aku teringat siapa aku tika dulu..
Memang jenis manusia yang tak boleh pakai..
Hidup tak ada matlamat, senang cerita memang tak ada function..

Berjiran pulak dengan manusia-manusia yang jenis kepochi, selalu jer mengata aku. Mengata mak bapak aku. Yelah, aku tak macam anak diorang, yang jenis baik soleh wa solehah pijak tungau pun tak mampus. Hadap buku sekolah 24 jam, amazing dalam akedemik, bila dah besar conform jadi menteri.."wei anak aku budak pandai!".."wei anak aku baik, dengar kata.."

Bila aku terjumpa balik dengan diorang, buat aku teringat siapa aku tika dulu dan siapa aku tika kini. Siapa anak diorang tika dulu, dan siapa anak diorang tika kini. Dunia nie berputar, dari atas kebawah, dari bawah keatas. Setiap orang pasti berubah, sama ada jahat jadi baik, atau baik jadi jahat.

Terkejut tahap babun bila aku dengar anak diorang yang dibangga-banggakan tu rupanya tak seperti yang diorang harapkan. Ada yang bunting sebelum nikah, nak lebih sedap lagi siap ikut jantan cabut dari rumah. Konon ada degree diploma ijazah haram jadah kerja membuta dekat rumah. Kalau kerja pun tak kekal. Kerja ntah apa-apa. Malam lepak pub sampai 4 5 pagi baru ingat rumah. Mabuk gaduh mengalahkan syi'ah. Bawah anak dara orang kehulu kehilir.

Terus terang aku cakap, pakcik aku yang selalu jadi bahan kejian. Yang memang sampah lah dikatakan. Tapi dia lah anak yang paling bagus bila jaga mak dia. Jaga nenek dia yang dah nyanyuk, berak kencing dia yang bersihkan. Makan minum dia yang suapkan. Sampai orang tua tu meninggal, semua dia yang uruskan. Memang patut pun kalau dia orang yang paling sedih bila nenek dia meninggal. Kadang orang yang belajar tinggi gunung everest, solat 5 waktu tonggang tonggek pun belum tentu sanggup nak jaga mak dia.

Honestly, aku bersyukur sebab dulu aku 'tak guna'..
Well, terima kasih sebab mulut korang yang tak habis-habis menjaja cerita tentang aku, buat aku kenal dunia nie. Buat aku cari tujuan hidup nie. Mungkin bagi korang degree diploma ijazah tu penting untuk dunya wal akhirah. Tapi bagi aku, ijazah yang aku ada ialah 'pengalaman hidup'..
Itu yang jadi sumber rujukan aku untuk dunya wal akhirah. I'm just who I am..

Lagi satu, kalau nak dikatakan yang ilmu agama aku nie penuh didada sampai tersangkut nafas pun tak jugak. Sebab ilmu aku cukup-cukup makan jer. For me, ilmu banyak mana pun tak guna jugak kalau tak diamalkan. Kalau tak direnungkan. Memang aku terkesima tahap unta kena rejam bila ada segelintir niqabies, purdahnies, mahupun teletubies, sanggup upload gambar selfie sambil bermesra dengan ajnabi. Bercouple sana sini. Yang lebih trauma lagi, ada pulak segelintir serbanies yang chatbox ajnabiyah ajak sembang lucah. Sebab tu aku cakap, ilmu kalau tak diserap dalam jiwa, just teralun dibibir saja. Semua sia-sia. Tak ada function belajar agama. Setakat masuk telinga kiri, keluar kanan.

So, apa yang aku nak bagitahu, what you give, you will get back. Semuanya termaklum dalam titian kaffarah. Rasanya tak perlu nak cerita aib orang macam kita nie conform der masuk syurga. Intai-intai dosa orang, tapi tak refleksi dosa sendiri.

Benda dah lepas, tak guna nak dikenang. Tu bagi kau, bukan bagi aku. Benda lepas itulah yang patut dikenang, lagi-lagi something yang lahanat. Sebab dengan itulah kita jadikan medium untuk jadi lebih baik. If you know what i means.."JADI MANUSIA!"

Forget The Past, Move On Your Life!

Masa lalu..

Biarkan ia hanyut berlalu dibawa arus waktu..
Kau takkan mampu mengubah setiap coretan kisah hidup yang telah lama terbina..

Masa depan..

Itu yang seharusnya lebih kau fikirkan, lebih kau renungkan..
Masih belum terlewat untuk melukis kembali setiap lembaran hidup yang kau hilangi..

Cinta..
Bahagia..

Letakkan sepenuh pengharapan pada Dia..
Yang utama, yakinlah sepenuhnya pada Dia..

Moga suatu hari nanti..
Moga ada sinar menanti..
Moga ada cahaya menerangi...

Everyone experienced happiness and unhappiness in his or her life..
I am sure we all have, had some unpleasant memories too, perhaps some which are of real painful ones?
Well, forget the past and move on and let time heal your pain, a lot would advise you...

Hijrah

Trend pelik-pelik..
Kononnya Punk Not Dead!
Seluar koyak macam sengkek..
Telinga kiri kanan bertindik..

Lain masa, lain-lain minah..
Lain tempat, lain-lain wanita..
Sering bertukar..
Silih berganti..

Dengan mak bapak, aku tinggikan suara..
Dengan kawan, sembang kencang macam ahli Syurga..
Jadi anak derhaka..
Jadi manusia tak guna..

Seronok bukan kepalang..
Hiburan bukan calang-calang..
Memang seronok hidup ini..
Macam hidup lama lagi..

Solat? Memang tak lah!
Al-Quran? Pergi lantak lah!
Dunia ini aku punya..
Enjoy selama peluang masih ada..

Nyawa, hampir berapa kali melayang..
Izrail, berapa kali menegur tenang..
Mujur Allah masih sayang..
Entah berapa kali aku diselamatkan..

Tapi diri masih tak sedar-sedar..
Tapi diri masih tak berubah-ubah..
Hati aku dah keras macam besi..
Hati aku masih lagi diselimuti jahil..

Hinggalah suatu hari..
Aku tercari-cari makna hidup ini..
Aku renungi sedalamnya sifat dunia ini..
Kerana disebalik keseronokkan, hati aku penuh dengan kekosongan..
Hati aku tak tenang, hati aku rasa sunyi..

Dunia ini, bukan dunia yang aku inginkan..
Dunia ini, bukan dunia yang berkekalan..
Aku dah fedup..
Aku dah malas nak hadap..
Dunia yang serba serbi pendusta..
Dunia yang penuh dengan seribu satu penipuan dan tipu daya..

Aku ingin kembali..
Kembali pada hakikat aku diciptakan ke bumi..
Tapi aku rasa macam tak layak..
Aku rasa dosa aku dah melambak banyak..
Aku kotor, aku hina, aku berdosa..

Sampai satu tahap..
Aku menangis teresak-esak..
Aku rasa macam dah tak nak hidup lagi..
Aku menyesal separuh mati bila ingat apa yang aku dah buat selama hidup aku ini..

Tapi aku lupa..
Umar Al-Khattab dahulunya juga penuh dosa..
Tapi akhirnya dialah pejuang Islam yang disegani..

Aku lupa..
Khalid Al-Walid dahulunya juga penuh nista..
Tapi akhirnya dialah ulama' yang termahsyur hingga abad ini..

Aku terlupa..
Allah Maha Pengampun..

Aku terlupa..
Allah Maha Pengasih..

Sejadah yang tak pernah aku sentuh, akhirnya terbentang dikaki..
Al-Quran yang tak pernah aku selak..
Perlahan-lahan aku ucap dibibir..
Walaupun tempo dan tajwid terbongkang lari..
Tapi aku akan usaha lagi..
Lagi dan lagi, sampai setiap kalimah tersemat kukuh dihati..

Aku yang dahulunya anak derhaka..
Kini modal saham untuk keluarga ke Syurga..
Aku yang dahulunya digelar sampah..
Kini penuh dengan dakwah dan tarbiyah..
Dan aku yang dahulunya Jahiliyah..
Kini berusaha untuk berjuang dalam Hijrah..

Aku dah jumpa apa yang selama ini aku cari..
Sungguh, aku dah jumpa apa yang selama ini aku cari... :')

"Sometimes.. people with the worst past, creates the best future..."

*Saidina Umar Al-Khattab r.a*

Jumaat, 4 September 2015

Jatuh Cinta

Jatuh cinta..

Bilamana kau jatuh cinta..
Kau akan ada dua kemungkinan..

Sama ada cinta itu akan membawa kau ke gerbang pernikahan..
Atau membawa kau jauh ke dalam jurang kebinasaan..

Sejauh mana kau mengenali cinta?

Adakah cinta itu memupuk hati untuk lebih dekat kepada Ilahi?
Atau mendorong hati separa sedar semakin jauh dari Ilahi?

Muhasabah cinta..

Bilamana kau larut dalam dunia cinta..
Hidup yang sekadarnya, beralih kepada Syurga..
Hari-hari yang sebelumnya biasa, bertukar kepada indahnya dunia..

Dekad demi dekad..
Rindu dihati itu semakin hebat..
Fikiran pula jauh diterbangkan angan-angan..

Begitu sempurnanya hidup tika menyanjungi cinta..
Cinta yang kau sendiri tak pernah sedar adakah ianya untuk selamanya, atau mungkin hanya untuk seketika?

Kau tak mampu nak fikir sejauhnya..
Bila jiwa dan hati diselubungi dengan bunga-bunga cinta yang mekar..

Hinggalah suatu hari..

Kau ditinggalkan pergi..
Ditinggal pergi sang kekasih yang selama ini kau pujai..
Yang selama ini kau kagumi..
Yang selama ini kau cintai..
Dan yang selama ini kau sayangi..
Kau rasa cukup dikhianati..

Hati kau serasa hancur..
Jiwa kau serasa lebur..
Dan kau mengeluh..
Tidak layakkah aku untuk mengecapi bahagia?

Kau terlupa..

Selama mana kau mengenali cinta..
Kau acap kali melupai Dia..
Selama mana kau mencintai si dia..
Kau perlahan-lahan menjauhi Dia..
Kau terlupa tentang Dia..
Kau terlupa nikmat Dia..

Dan kau terlupa..

Kau terlupa tentang cinta yang hakiki..
Cinta agung yang selamanya abadi..
Yang tidak akan sesekali pernah mati..
Itulah cinta Ilahi..
Pemilik cinta yang hakiki...

Kita Golongan Dewasa Cerminan Mereka Golongan Remaja

Mereka,
Golongan remaja,
Memang mudah dipengaruhi.
Memang mudah dicemari.

Mereka,
Golongan remaja,
Memang mudah jatuh hati.
Memang mudah mengikuti.

Fahamilah,
Mereka masih belum matang.
Pemikiran masih keseronakkan.

Kita,
Golongan dewasa,
Seharusnya beri contoh yang baik.
Sewajarnya beri teladan yang baik.

Kita,
Golongan dewasa,
Seharusnya membimbingi.
Sewajarnya mendorongi.

Mengertilah,
Kita cerminan kepada generasi.
Kita murobbi kepada adik-adik.

Tunjuk contoh yang baik.
Agar terdetik hati mereka untuk turut sama jadi baik.

Tabur keindahan dakwah.
Agar tumbuh benih cinta  dalam hati mereka untuk turut sama mencintai jalan dakwah.

Bukan rosakkan akidah mereka.
Bukan jerat mereka bersama ke Neraka.

Hati,
Amat mudah jatuh hati.
Jangan taburi dengan cinta duniawi.
Tapi bimbingi kepada cinta Ilahi.

Itu peranan kita sebagai murobbi.
Itu tugas kita sebagai khalifah dibumi.

Ihdinas siratal mustaqim. 

Rabu, 2 September 2015

Sang Pecundang

Bermulanya aku seorang pecundang..
Yang seringkali menyalahi takdir..
Yang seringkali menyerah tewas..

Yang seringkali mengeluh hati..
Yang seringkali menangis sedih..
Yang seringkali mengundur diri..

Namun sampai bila?
Sampai bila harus ku tersungkur jatuh?
Aku harus bangkit..
Ya! Aku harus kembali bangkit...

Perjalanan ku untuk mencari bahagia..
Mengajar ku untuk mengenal dunia..
Dan akhirnya membawa ku kepada cinta..

Cinta yang ibaratnya matahari menyinar terang dan megah..
Bukan seperti api lilin yang menyala mengikut tempoh masa..

Itulah cinta yang ditawar dari Dia..
Itulah hakikat cinta yang difitrah..

Mungkin..
Dahulu aku seorang pecundang..
Mungkin..
Aku masih lagi seorang pecundang..

Namun akan ku gagahi diri..
Namun akan ku berusaha gigih..
Agar aku berjaya ke "sana"..
Agar aku bermakna kepada-Nya..

Sampai akhir masa..
Langkah ini takkan berhenti..
Sampai akhir nyawa..
Perjalanan ini takkan berhenti..

Sampai aku berjaya ke "sana"..
Sampai aku berjaya ke "sana"..

Untuk Kau, Mujahidah Akhir Masa

Masa lalu...
Bila dikenang, pelbagai memori akan tersusun dan terpapar di minda..

Kenangan indah..
Kenangan duka..
Kenangan manis..
Kenangan pahit..

Ia akan selamanya abadi didalam jiwa..
Detik zulumat..
Detik jahiliyah..
Detik mujahadah..

Apa yang pasti..
Terkadang masa lalu mengajar diri untuk kembali..
Mendorong hati untuk berubah..
Dan memimpin nurani untuk menjadi lebih baik..

Untuk kau, wahai seorang mujahidah..
Aku lakarkan sebuah puisi yang bagi kau mungkin tidak seberapa..

Aku tahu..
Mungkin tika dulu kau penuh nista..
Mungkin tika dulu kau penuh dosa..

Tapi lihatlah kini..
Kau berusaha ke arah-Nya..
Kau berusaha untuk redha-Nya..
Dan kau ingin bermakna dimata-Nya..

Aku juga begitu..
Semoga nantinya juga begitu..

Dan aku juga tahu...
Kau tidaklah sekuat mana..

Terkadang kau rebah..
Terkadang kau terluka ..
Dan terkadang kau menangis jua..

Tak mengapa..
Allah lihat usaha kau..
Walau sekecil-kecil usaha..

Biar orang lihat rupa..
Tapi Allah lihat hati, akhlak dan agama..

Ketika dunia memandang enteng..
Ketika manusia memandang sinis..
Selagi Allah senantiasa di sanubari hati..
Api jihad itu tak akan pernah mati..
Setiap ujian dan aral yang menanti..
Akan kau tempuh dengan tenang hati..
Dan hidup akan lebih teguh kau jalani..

Pesan ku..
Semoga kau kenang hingga akhir masa..

"Jangan pernah berputus asa untuk menjadi terbaik disisi-Nya.."

Tersungkur?
Bangun lagi..
Terluka?
Senyum lagi..

Hati kena sado..
Jiwa harus redha..

Jaga solat ketat-ketat..
Jaga aurat smart-smart..
Jaga hati erat-erat..
Jaga iman kuat-kuat..

Keep istiqamah in your hijrah..

Moga Allah redha..
Moga Allah cinta...

Andai ada rezeki..
Kita berjiran disyurga nanti...

Akhir kalam..
Secebis quotes untuk direnungi..

"Sometimes people with the worst past, creates the best future..."

Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Terlalu Penat Untuk Hidup

Aku dah terlalu penat..
Aku dah terlalu penat hidup..

Letih ku bukan kerana selalu dilukai..
Lelah ku bukan kerana seringkali mengalahi..

Tapi aku dah terlalu penat menghadapi dunia..
Dunia yang penghuninya hipokrit..
Dunia yang serba serbi sang pendusta..

Maksiat bermaharajalela..
Islam hanya sekadar nama...

Aku dah penat..
Aku dah terlalu penat..

Penat dalam melihat seagama sendiri saling membunuh..
Penat dalam melihat halusnya pedang kafirun menghunus..

Sana sini..
Segalanya mementingkan dunia..
Dimana jua..
Segalanya berlari mengejar dunia..

Aku dah penat..
Aku dah terlalu penat..

Melihat nilai agama dipermainkan..
Melihat maruah diri dipertaruhkan..

Tiada perjuangan..
Tiada penyatuan..
Yang ada cumalah sarat dengan penindasan...

Kau Aku Dan Masa Lalu

Ada sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata..
Ada sesuatu yang tidak dapat diterjemah dari hati..
Dan ada sesuatu yang tidak mudah untuk dilupai..

Apa yang pasti..
Sesuatu itu telah pun terlukis abadi..
Jauh didalam benak minda dan hati..
Terkadang terimbas melalui mimpi dan fantasi..
Sesuatu yang pada diri amatlah berarti..

Itulah memori...
Itulah kenangan..
Dan itulah sebuah kisah..

Kisah tentang masa lalu..
Kisah tentang kau dan aku..

Tika ini aku tersenyum..
Kala aku terkenangkan masa lalu..
Masa lalu yang telah banyak mengajar aku..
Mengajar aku untuk fahami lumrah hidup..

Tak semua yang aku inginkan akan aku dapatkan..
Dan tak semua impian pasti menjadi kenyataan...

Itulah lumrah kehidupan...

Pejam mata..
Tarik nafas..
Hembuskan perlahan..
Terlukis satu senyuman...


Betapa Bodohnya Diri

Berkenalan seminggu..
Ishtihar couple satu dunia..

Post gambar selfie..
Ajnabi ajnabiyah duduk rapat-rapat..
Bergenggam tangan mesra erat-erat...

"Doakan relay kami kekal.."

"Hope relay nie sampai ke Jannah.."

Tarik nafas...
Hembuskan perlahan...

Jerit dalam hati...

"BETAPA BODOHNYA AKU !"

Ya. Bodoh. Bodoh kerana apa?

1. Bodoh sebab mengikuti budaya kafir..
2. Bodoh sebab menyebarkan aib sendiri..

Betapa bodohnya diri..
Betapa sombongnya nurani..
Dan betapa jahilnya hati...

Allah cinta kepada mereka yang tawadhu'..
Mereka yang seringkali merendah diri..
Mereka yang tidak menunjuk dalam berbuat kebaikan..

Kita?

Ikut budaya kafir, crush sana sini, couple sana sini, clash sana sini..
Lepas tu kalau boleh, nak seluruh planet tahu hubungan terlarang tu..

Tanya hati..
Tanyalah hati..

"Mana maruah diri?"

"Mana harga diri?"

Tolong...
Tolong jangan mempermainkan agama Allah..

Cinta?

Renungilah sedalamnya untuk sejenak..

Betul ke itu cinta?
Betul ke itu fitrah cinta?

Aku pun ada seseorang yang aku sayang..
Tapi tak adalah sampai nak heboh satu dunia..
Cukuplah aku mention nama dia didalam doa..
Cukuplah Allah bagi bahagia pada dia senantiasa..

Itu sudah lebih dari cukup..
Itupun sudah memadai..

Tak perlu untuk memiliki..
Tak perlu terhegeh-hegeh mengejari..

Pesan pada diri, jaga hati..
Pesan pada diri, jaga hati..
Pesan pada diri, jaga hati..

Sebenarnya, sampai kini aku tak pernah luahkan hasrat hati pada dia..

Sebab apa?

Sebab aku rasa, tak semestinya bila kita menyukai seseorang tu, kita wajib memilikinya...

Siapa si dia?

Itu rahsia antara aku dan Dia...

Ukhwah Fillah Abadan Abada? Seriously?

Tengok foto profil..
Posing sopan ala Heliza Helmi gittew..

Dalam hati..
"Pergh.. cun giler awek nie.."

Tengok newsfeed..
Status dakwah konsep tarbiyah..

Dalam hati..
"Pergh.. solehah giler minah nie.."

Ibu jari..
"Klik add as friends.."

Selang beberapa minit..
"Pertemanan di terima"

Send chatbox..
"Syukran jiddan accept, salam ukhwah fillah abadan abada.. :) "

Tak faham, meh aku translate..

"Terima kasih banyak-banyak, salam persahabatan kerana Allah selamanya..."

Kerana Allah? Seriously?

Fitrah Cinta

Cinta..
Tika dahulu aku mencari "apakah erti cinta?"
Apa yang aku ketahui hanyalah cinta itu mampu memberikan sebuah rasa yang sungguh luar biasa..
Suatu fitrah yang mampu mengalunkan hati, dan mententeramkan jiwa..
Suatu "asy syura" yang mampu melekatkan bahagia..

Hingga aku terlupa..
Aku terlupa akan fitrah cinta yang sebenar..
Aku terleka untuk apa cinta yang sebenarnya..

Ajnabiyah...
Tiap mata yang memandang..
Tiap kuntum senyum yang menawan..
Aku tundukkan pandangan..
Dan aku teruskan berjalan kehadapan..
Tertumpu pada satu titik yang terang..
Iya! Itulah dakapan cinta Sang Pentadbir Alam.

Sesuatu yang aku sedari..
Tidak ku temukan cinta pada tiap-tiap insan yang memenuhi ruang bumi..
Aku tidak tahu mengapa..
Pintu hati ini telah lama tertutup pada yang bergelar ajnabiyah..

Apakah aku tidak memiliki cinta?
Bukan! Cuma hati telah pudar dalam melelongi cinta..
Kenyataannya, hatiku telah lama mati untuk jatuh cinta..
Mungkin kerana terlalu lama terluka..
Mungkin juga kerana sekian lama direndami air mata..
Hanya Dia yang mengetahui tiap-tiap perkara..

Dan kini...
Akhirnya aku temukan..
Erti "kalam cinta" yang sesungguhnya...
Aku berikan sepenuh hati dan cinta hanya pada selayaknya..
Pada lumrah azalinya cinta itu difitrahkan..
Yaitu khusus pada Ilahi..
Bukan pada dusta insani...

Selasa, 1 September 2015

Ujian Tanda Sayang

Banyak kali aku jumpa statement yang macam nie:

"Aku dah tak tahan hidup macam nie. Kenapalah aku tak mati jer, kan bagus. Ya Allah, sampai bila lah aku akan diuji macam nie? Aku dah tak sanggup. Aku penat."

*Menangis* :'(

Sajer nak habaq kat depa-depa semua termasuk diri aku sendiri..

Zaman Para Sahabat dulu, menangis bila satu hari tak diuji..

"Ya Allah, apakah Engkau tidak lagi menyayangiku sehingga Engkau tidak mahu menguji ku lagi?"

Aku rasalah.... opss... bukan rasa, tapi PASTI! Para Anbiya dan orang-orang terdahulu lebih hebat ujiannya. Lebih berat dugaannya. Dan lebih pedih cubaannya.

Kita?

Baru diuji sikit, menangis selaut. Mengeluh. Merintih. Su'udzon memanjang. Allahu Rabbi.

Ujian Tanda Sayang

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
*Al-Ankabut, ayat 2-3*

Jadi, kali nie.. biarlah Al-Quran yang menjawab segala keluhan hati..

Kenapa kita diuji?

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).."
*Al-Baqarah, ayat 214*

Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
*Al-Baqarah, ayat 216*

Ujian nie terlalu berat?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
*Al-Baqarah, ayat 286*

Dah tak tahan hadapi ujian?

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.."
*Yusuf, ayat 12*

Nak berharap pada siapa?

"Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.."
*Al-Kahf, ayat 17*

P/S: Senyum pada diri sendiri..

"Nikmat Tuhan yang manakah yang hendak kamu dustakan?"
*Ar-Rahman, ayat 13*

Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-galanya..

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?"
*Al-Anbiya, ayat 10*

Jentik hati..
Tanya nurani...

Kifarah

Cinta separuh nyawa..
Sayang bagai nak gila..
24 jam bergayut tak kira masa..
Bila berjumpa ikhtilat ntah kemana...
Tiba masa, putus akhirnya...

"Takpelah, dah ujian Dia kan?"

Aku cuma mampu kata..
Itu bukan ujian, tapi kifarah..
Macam mana kau lupakan Dia..
Macam itulah dia akan lupakan kau...

Faman ya'mal misqala dzarratin khairan yarah..
Waman ya'mal misqala dzarratin syarran yarah...

Falsafah Si Ikan Buntal

Ikan buntal..
Dah tahu beracun..
Dah tahu ada yang mati akibat memakannya..
Masih jugak nak makan..

Yelah, benda sedap kan. Ditambah lagi ghairah sebab teringin mencuba merasainya...
Walaupun berkali-kali di ingatkan..

"Boleh bawak maut, der..."

Begitu jugak dengan 'couple'..
Dah tahu dosa..
Dah tahu boleh merosakkan hati, iman, aqidah, buat mental koyak segala..
Hekk'ehhh.... masih nak jugak buat..
Walaupun ramai yang berbuih mulut nasihat..

"Bercouple tu hukumnya dosa!"

"Couple tu budaya kafirun!"

Lagi sekali.. Hekk'ehhh... buat jugak!

Sebab apa? Sebab dah sedap a.k.a terbiasa dengan bercouple maple, berhubby mummy, berdinda kanda segala nie..
Mungkin jugak disebabkan teringin merasai atau mencubanya.. (kurang kasih sayang ker camne nie?)
Kau nasihatlah sampai matahari terbit dari barat sekalipun..
Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..

"Alah.. kitorang bukan couple, kitorang bercinta. Cinta tu fitrah you know? FITRAH YOU KNOW?! (Pergh! Speaking omputih seyh)

Apa ke gerun lah alasan!

Okay, berbalik pada cinta..
But, sebelum tu aku nak kupas semula pasal ikan buntal..

Kenapa ikan buntal? Kenapa tak ikan talapia ker, ikan paus ker, ikan dolfin ker, atau bermacam jenis lagi ikan..
Nie jawapan aku:

"Suka hati akulah nak letak ikan apa? Aku yang tulis!"

Ikan buntal..
Andai kita pandai membuang racunnya sebelum menikmati isinya, maka lazatlah bila memakannya..
Tapi, kalau kita tak tahu camner nak buang racun tu. Kita habuk satu pon tak tahu camner dan kat mana tersoroknya racun tu, carilah seseorang yang mahir dan berpengalaman dalam membuang racun ikan buntal. Bila dah konfiden dah tak ada racun, baru kita makan..

Ya. Begitu jugak mengenai cinta nie, cinta itu fitrah exactly! Tapi kalau kita salurkan cinta tu kena pada tempat atau caranya, maka, terasalah manisnya cinta tu..
Dan untuk menikmati cinta tu, carilah mereka yang mampu menghalalkan sesuatu cinta tu. Pada Allah. Pada Rasulullah. Suami. Isteri. Dan yang sewaktu dengannya.
Bukan pada ajnabi, ajnabiyah. Crush, candy crush segala. Sama sekali bukan. Dan bukan juga disalurkan melalui 'pergaulan bebas' couple misalnya.

Bila kau dah cukup yakin dan pasti cinta itu milik Allah. Kerana Allah. Dan kearah Allah. Maka, kau akan merasai betapa indah dan kemanisan tahap diabetis cinta itu..
Andai kau merasa bahagia bila menghalalkan sesuatu yang azalinya haram dan ditegah sama sekali oleh Allah, Nabi, Rasul, ulama', syariat, dan agama. Maka aku berani mengatakan:

"Kau telah dibutakan oleh cinta yang syirik!"

"Kau telah dibodohkan oleh cinta yang kufur!"

Nasihat aku..
Sebelum kau nak merasai apa itu cinta?
Belajar dulu cara menguruskannya..
Fahami dulu apa itu cinta yang sebenar-benarnya..

Sekolah belum habis lagi dik..
Akil baligh pon belum..
Makan minum, duit poket, baju seluar pon mak bapak yg urus..
Silap-silap seluar dalam pon mak yang cucikan..
Dah... sudah lah... tak payah nak bercintan cintun sangatlah..
Balas jasa mak bapak yang dah bersusah payah jaga, asuh dan membesarkan kau tu dulu..
Baru pikiaq pasal cinta naa?

Sudut Kelam

Seperti biasa..
Dikala aku kembali ke sudut itu..
Dimana kisah lalu menyelimuti..
Aku mulai hilang secara perlahan..
Hilang ditelan sebuah istilah 'tanpa makna'..

Aku 'hilang' secara keseluruhan..
Dimana tiada petunjuk untuk ku tuju..
Bermain hebat di benak fikiran..
Suara kau..
Senyuman kau..
Dan kenangan tentang kau..
Memandu aku lebih jauh ke dalam belenggu kelam..
Ibarat sebuah dunia yang berawan mendung hitam..

Hati aku terlalu lemah..
Hati aku belum dewasa..
Tapi aku yakin..
Semua akan indah pada waktunya..
Aku tahu..
Ada seseorang yang begitu bermakna sedang menantiku..
Menanti dalam satu sudut yang terang..
Yang akan menerangi setiap jiwa aku yang suram..
Dan membuat aku kembali tersenyum..
Setelah sekian lama tangis berdiam...

Nukilan Terakhir Untuk Pemilik Rindu

Hidup kosong dimamah sepi..
Aku terdampar di lautan tidak bertepi..
Tercari-cari akan sebuar arti..
Yang mampu menarik ku kembali berdiri...

Aku tatapi kisah semalam..
Aku ratapi kenangan silam..
Jiwa ini gundah lemas tenggelam..
Dalam badai manik-manik yang kelam...

Janji hanya tinggal janji..
Tetapi mimpi masih tidak terganti..
Sungguh pahit kisah yang melewati..
Hati ini sukar untuk diubati..
Benar! Hati ini masih mencintai...

Ku tulis sebuah kalam..
Ku sirami dengan luahan terdalam..
Tetapi jiwa ini masih menggenggam..
Sebuah nukilan yang masih terpendam...

Tuhan..
Maafkan hamba-Mu yang pengecut ini..
Kerana mencintai sesuatu yang tidak mampu dimiliki..
Hanya menzahirkan senyuman yang manis..
Namun jauh didasar hati teresak-esak menangis...

Aku imbasi di benak waktu yang berlalu..
Saat pertama kali mata bertamu dan takdir bertemu..
Sempat aku impikan suatu ketika dulu..
Kita membina sebuah keluarga yang kukuh...

Masih tersimpan..
Kalam kata hanya terkunci di hati..
Hakikatnya aku masih belum punyai keberanian diri..
Mengungkapkan cinta dan rindu pada dirimu wahai penghuni nurani...

Tuhan..
Apa yang perlu aku perbuat kini?
Rasanya benar-benar sakit..
Kala memori singgah lalu mengguris hati?
Aku semakin jauh tenggelam ditarik badai padunya sembilu..

Tuhan..
Andai umur panjangku semakin berlalu..
Izinkan aku melengkapi janji ku ketika dulu..
Menyerahkan padanya nukilan tulisan hatiku..
Sebagai pengakhiran yang indah riwayat hidupku...

Prince And Princess

Tika dulu..
Aku mengimpikan seorang puteri..
Yang akan menutupi setiap kekuranganku..

Namun..
Aku harus fahami..
Tidak tiap-tiap mimpi bakal menjadi realiti..

Jadi..
Kali ini..
Biarlah aku yang menjadi putera..
Yang pasti menutupi tiap-tiap kekuranganmu..
Siapapun diri kamu..
Siapapun kenyataan kamu..

Raja..
Tidak semestinya harus dengan permaisuri..
Dan putera..
Tidak semestinya harus dengan puteri..

Asalkan saling melengkapi..
Asalkan saling memahami..
Itu sudah lebih dari mencukupi..
Untuk mengecapi bahagia dari hari ke hari..

Redha Hati

Masih adakah ruang untuk ku dalam hati-Mu?
Masih sempatkah aku untuk kembali pada-Mu?
Hitam hatiku di selimuti kelam..
Berdosa aku, sungguh berdosa pada-Mu..

Tiap hela nafasku, terselit kesal di jiwa..
Air mata ini seringkali tertumpah..
Ampuni aku sebelum tiba ajalku..
Berharap agar diberi khusnul khatimah..

Andaiku dilempar ke Neraka..
Ikhlas ku atas dosa sekian lama...

Alunan Hati

Tika angan menyapa hati..
Dan kenangan menyentuh jiwa..
Perlahan menitis jernih air jatuh ke pipi..

Ada impian yang tak mampu ku capai..
Ada mimpi yang tak mungkin ke realiti..
Aku berharap pada sesuatu yang tidak pasti..

Sakit..
Cukup sakit..
Tika melihat sesuatu yang begitu ingin di miliki menjadi kepunyaan insan lain..

Pedih..
Teramat pedih..
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..
Hanya Dia tempat mengadu kasih..

Ada ketika..
Bilamana aku berfikir bahawa aku telah rela..
Bilamana hati merasa bahawa telah pasrah dan redha..
Tika itu juga bayangannya singgah ke pelusuk jiwa..
Tika itu, aku harus mengakui..
Sesebuah perasaan tidak mudah untuk di lontar pergi..
Ianya abadi sampai waktu aku pergi..
Kepergian yang tidak pernah kembali...

Bait Rindu

Rindu dihati ini semakin mendalami..
Berharap ianya dapat terubati..
Bimbang bila 'jodoh' ku sampai nanti..
Takut harapanku tidak kesampaian lagi..

Lindungilah mereka yang aku sayangi jauh disana..
Pelihara dan cintailah mereka senantiasa..

Aku hanya seorang hamba..
Tiada harta tiada nama..
Sekadar mengharap agar diredhai..
Agar diampuni...

Kau sebaik-baik Penjaga..
Kau sebaik-baik Pelindung..
Dan hanya kepada Kau tempat sekian makhluk meminta...

Tak Selamanya Indah

Lelah hati..
Teruskan hidup..
Letih jiwaku bertahan..

Jalan fikiran..
Hanya terfikir mati..
Lenyapkan semua bebanan..

Hidup ini..
Tak akan selamanya..
Bisa merasa indah..

Rasa ini..
Tak mungkin terobati..
Melainkan mati..

Biarkan aku mati..
Melupakan semua yang terlewati..
Biarkan aku mati..
Hentikan tangisan hati..

Di dalam hidup ini..
Tiada yang berarti..
Semua yang ku impi..
Menjauh pergi...

Nukilan Untuk Gadis Berpurdah

Zaman kini..

Pantang nampak gadis berpurdah..
Terus datang melamar...

Pantang nampak gadis berpurdah..
Terus di ingat ustazah..

Pantang nampak gadis berpurdah..
Terus di kira complete sempurna...

Gadis berpurdah...

Jangan mudah senang hati bila di puji..

Jangan mudah lupa diri bila di kagumi..

Amati semula nawaitu di hati..

Title Solehah atau Jalan Mujahadah?

Redha Ilahi atau Pujian Ajnabi?

Isnin, 31 Ogos 2015

Sesuatu Yang Aku Sedari

Sejenak...

Ada sesuatu yang aku tidak mengerti..
Ada sesuatu yang aku cuba fahami..
Akan lumrah hidup yang berjalan..
Seakan mengajarkan aku erti kehidupan...

Tidak...

Aku masih tidak mengerti..
Walaupun sekilas aku cuba renungi..
Akan perjalanan menempuh arus hidup..
Membelenggu aku dari hari ke hari...

Dan kau...

Ada sesuatu yang aku sedari..
Persamaan diri kita dalam menutup luka..
Yang terukir satu tika dulu..
Yang terlukis satu masa dulu...

Benar...

Hidup tidak selamanya indah..
Terkadang juga harus merasa sakit dan.. derita..
Andai kau punyai kelebihan..
Tutupilah seadanya ku punya kekurangan...

Dan andai aku yang punyai kelebihan..
Akan ku tutupi setiap liang kau punya kekurangan...

Hingga nanti..

Hingga luka lalu..
Kita balutkan dengan lembaran bahagia akan datang..

Hingga nanti..

Hingga ke hembusan yang terakhir...

Asbab

Dalam dunia ini..
Allah takkan ciptakan sesuatu tanpa sebab..

Dalam hidup ini..
Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab..

Jadi...

Sebagai manusia..
Kau harus cukup cerdik untuk mengerti apa asbab kau diciptakan ke dunia..

Sebagai khalifah..
Kau harus cukup pintar untuk memahami apa hikmah kau dilontarkan ujian-Nya..

Segalanya bersebab..
Bahkan kejadian bulan dan matahari juga bersebab...

Dari detik awal Allah SWT ciptakan Adam as ke dunia..
Hingga dari detik akhir Allah SWT timpakan kiamat ke dunia..
Semuanya bersebab..
Semuanya ada sebab...

Mungkin kau tahu..
Bahkan mungkin kau dah lama tahu..
Namun kau masih buat-buat tidak tahu..
Seolah Al-Quran dan Hadith tidak pernah sampai kepadamu..

Maka...

Biarpun kau berpelajaran tinggi..
Biarpun kau berilmu melangit..

Kau merupakan makhluk yang paling bodoh sekali..

Kerana kau masih tidak mengenal 'diri sendiri'...

Mujahadah

Satu ketika..

Kita yang dahulunya menyanjung gelaran Pendosa, berusaha untuk berubah. Berusaha untuk berhijrah. Dan berusaha untuk bermujahadah. Tika hidayah menyapa.

Kita tinggalkan dosa masa kelam, dan berusaha untuk meraih pahala masa depan. Kita berusaha berpaling dari najis dosa, dan sucikan dengan jernih pahala.

Tetapi...

Hati manusia terlalu mudah berbolak balik..
Sampai satu ketika, kita berputus asa dengan jalan dakwah. Kita keliru dengan pilihan yang diambil..

Lantas kita terhenti..
Terhenti di pertengahan jalan..

Bro... Sis.....

Terus terang gwa cakap sama lu, jalan mujahadah nie bukan jalan yang mudah! Bukan jalan yang dihampar karpet merah sambil korang berjalan diatasnya dengan penuh bangga dan bergaya! Bukan der... bukan....
Jalan mujahadah nie terbentang pelbagai hikmah dan ujian yang mana, hanya mereka yang hebat dan kental sahaja yang berjaya mengharunginya.

Putus asa?

Jadi, nak berhenti dan kembali kepada corak hidup yang lama?
Kehidupan yang mana bersalut dan berbalut nista dan dosa?
Sampai bila?
Fikirlah, sampai bila?
Sampai bila korang nak buat dosa dan silap yang sama berulang, dan berulang, dan berulang, dan berulang kali?

Pergi ke suatu tempat sunyi..
Duduk situ diam-diam..
Tanya hati..
Tanya diri..

"Apa yang aku cari selama nie?"

"Apa yang aku inginkan dalam hidup aku?"

Lempang pipi laju-laju, tutup muka dengan tapak tangan, kemudian renung kata-kata aku kembali...

"Jalan mujahadah tak dihampar karpet merah.."

"Jalan mujahadah hanya untuk orang yang hebat dan kental..."

Tak kisahlah dulu kau penyangak antara bangsa ke, komunis ke, yakuza ke, bohsia ke, cikaro ke, penzina ke, pelacur sekalipun. Bila kau dapat hidayah, kau wajib bersyukur! Hidayah nie tak datang bergolek macam ayam golek, dan hidayah nie bukan untuk sembarangan orang. Hidayah nie hanya kepada 'mereka' yang 'terpilih' jer..

Jadi, jika kau rase kau salah seorang yang berjaya 'dapat' hidayah tu (bukan nur hidayah jiran sebelah rumah aku ehh), buktikan yang kau layak dapat hidayah tu..
Buktikan pada Allah, Rasulullah, para sahabat Nabi, para tabi'in, dan lain-lain lagi yang korang berhak dapat hidayah tu. Yang korang mampu bermujahadah dan tergolong dalam kalangan yang 'terpilih'..
Dan buktikan jugak pada Allahyarham Ahmad Ammar, Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir, bahawa diri korang pun mampu menjadi seorang mujahid mujahidah!

Buktikan pada diri korang sendiri yang korang mampu "FROM NOTHING, TO BE SOMETHING"..pada Dia..

Buktikan pada mereka yang selalu menghina, mengherdik, mencaci, memandang sinis, padahal tak pernah nak bimbing atau support, buktikan yang korang juga mampu berusaha "FROM JAHILIYAH, TO JANNAH" pada diorang...

Kepada Kau Wahai Ustaz Kasanova

Kau yang bergelar insan !

Allah Ya Rabb...

Sungguh aku terkesima..

Dengan kau yang hebat dalam tarbiyah..

Yang menggelarkan dirimu sebagai Pendakwah..

Yang berjalan di atas jalan Mujahadah..

Ternyata ada alasan di sebalik kata-kata..

Ternyata tersembunyi keburukan di sebalik madah dakwah..

Demi matlamat, kau menghalalkan pelbagai cara..

Hanya demi memerangkap insan polos di gelar ajnabiyah..

Berhenti lah dari kepura-puraan..

Jangan jadikan jalan ke Jannah sebagai alat untuk kau berhibur di dunia !

Kau yang bergelar insan..

Mohon renungi..

Mohon fahami..

Mohon mengerti..

Kepada kau wahai seorang ajnabi..

Yang mengaku umat Muhammad saw masa kini..

Mohon muhasabah diri...

Sabtu, 29 Ogos 2015

Limit Usia

As salam..

Cuba renung dalam-dalam, sedalam lautan hindi kejap..

Sebagai contohnya umur aku..

Anggap target umur aku 30 tahun, sampai umur berkenaan aku meninggal misalnya, wallahu a'lam. Sekarang umur aku 24 tahun. Start akil baligh lebih kurang umur 13 tahun. Jumlah hidup yang aku jalani bermula akil baligh beranggaran 12 tahun. Jadinya, dalam 12 tahun nie aku rasa dosa aku lebih banyak dari pahala. Jumlah tempoh yang tinggal cuma 6 tahun lebih wallahu a'lam. Andai kata aku buat amal kebajikan selama itu. Seriously, 6 tahun aku punya pahala masih tak dapat nak cover 12 tahun aku punya dosa ! Allah... :'(

Limit 30 Tahun.

Dosa 12 Tahun.

Pahala 6 Tahun.

Banyak kali aku fikirkan. Banyak kali. :(

Apa yang aku cuba nak sampaikan?

Gunakan usia muda korang sebaik-baiknya!

Allah tak tanya kat akhirat nanti,

"Apa kebajikan yang kau buat dihari tua?"

Tapi Allah akan tanya kat akhirat nanti,

"Usia muda kau digunakan untuk apa?"

Santapan minda, sentapan jiwa..
Moga muhasabah, moga berubah...

Sampai Bila?

Beb. Sampai bila? Sampai bila?

Cuba korang perhatikan..

Berapa ramai orang yang ikut syariat islam, yang jaga batas pergaulan, tutup aurat dengan sempurna..
Dan berapa ramai orang yang langgar syariat islam, terdedah sana terdedah sini, fashion pelik-pelik, couple sana couple sini, duduk rapat-rapat sambil selfie slumber unta ajnabi ajnabiyah..

Cuba kau kira, yang ikut syariat dengan yang langgar syariat lebih ramai yang mana?

Cuba pula korang perhatikan...

Berapa ramai yang mempromosikan dakwah tarbiyah untuk membangunkan islam, pencetus ummah, dai'e milennia, imam muda, tadarus..
Dan berapa ramai yang mempromosikan hiburan dan pergaulan bebas yang mana menjatuhkan ummah, mentor, mentol, mentos, dan bermacam men lagilah, drama cintan cintun, korea jepun bagai, dan bermacam macam lagilah..(asif, aku tak tahu sangat citer-citer hiburan nie sbb aku malas tengok tv..)

Dan kira, berapa banyak yang membangunkan ummah berbanding merosakkan ummah?

Cuba ambil dari aspek kanak-kanak pula?

Idola kecil itu, idola kecil ini, sampai berapa musim aku pun tak tahu lah..ajar budak-budak skil nyanyi macam itu, skil nyanyi macam ini..yang bertadarus? Krikk krikk krikk...yang mendidik untuk jadi seorang pendakwah, atau da'ie, atau naqib, atau murabbi, atau yang akan berjasa pada agama? Krikk krikk krikk..taranum, tajwid, hadis, sirah, bla bla bla? Krikk krikk krikk..

Cuba fikir..
Fikir sejauh jauhnya..
Sejauh ibu negara zimbabwe...

Mana pergi ummah yang berani kerana benar?
Mana pergi ummah yang tegas mempertahankan islam?
Dan mana ummah yang berjuang demi menyebarkan islam?

Terus terang aku cakap..
Ummah sekarang banyak yang lembik..
Banyak yang jambu air, jambu batu, jambu cecah sambal kicap, dan bermacam jenis jambu..
Ummah yang mudah sentap bila ditegur, tapi macam itu jugak!
Ummah yang mudah cair bila berhadapan dengan ajnabi/ajnabiyah..
Ummah yang mudah mengalah, dakwah terbantut, terhenti ditengah jalan..
Ummah yang alim pada lisan, tapi hakikatnya jahil pada hati dan iman..
Ummah yang ikut budaya Yahudi, feshion pelik-pelik, couple sana sini, bersentuhan antara bukan mahram..bla bla bla..
Ummah yang itu...dan ummah yang ini...(malas nak tambah lagi..)

Ummah..
Buka mata..
Buka minda..
Dan buka hati..

Sampai bila harus bergelumang dalam kejahilan?

Sampai bila?
Sampai bila?
Dan sampai bila?

Down? Belum Masanya Lagi !

Assalamu'alaikum..

Pernah tak?

Mak bapak korang mengeluarkan kata-kata nie pada korang..

"KAU NIE ANAK TAK GUNA !"

"KAU NIE JADI ANAK TAK MEMBANGGAKAN ORANG TUA !"

"KENAPALAH AKU DAPAT ANAK MACAM KAU NIE, LANGSUNG TAK MEMBANTU MAK BAPAK !"

Demi Allah..
Aku tahu apa yang korang rasa..
Sakit, cukup sakit..
Pedih, sungguh pedih..
Lebih sakit dan pedih berbanding ditinggalkan sahabat dan kekasih... :'(

Tetapi...
Jangan down sekarang..
Jangan give up sekarang...
Dan jangan broken heart sekarang...

Tak semua manusia dilahirkan dengan sifat yang cukup sempurna..
Tiap-tiap diri kita ada kelemahan, ada kelebihan...

AMBIL KATA-KATA TU SEBAGAI HIKMAH !
SEBAGAI MOTIVASI !
DAN SEBAGAI UJIAN !

Jadinya, macam mana nak 'atasi' sikap dan 'tohmahan' mak bapak korang tu?

Belajar agama..
Belajarlah agama sampai setinggi mungkin..
Walaupun mungkin ilmu tu tak mencukupi..
Tapi Insya'Allah usaha tu akan memadai..

Bila kau dah penuh agama dalam diri..
Bila kau dah 'jumpa' apa yang kau cari...

Pergi kat mak bapak korang..
Duduk melutut depan mereka..
Genggam mesra tangan mereka..
Dan katakanlah sejujurnya pada mereka...

"Mak, ayah..mungkin saya kat dunia nie anak tak guna. Mungkin saya kat dunia nie langsung tak dapat nak membantu mak ayah. Tapi percayalah, dan doakanlah..mungkin saya anak yang tak membanggakan nie lah yang akan membantu dan menyelamatkan mak ayah kat akhirat nanti..mungkin anak yang bukan harapan nie lah yang akan keluarkan mak ayah dari neraka, dan bawak masuk syurga.. doakan saya, mak ayah.." :'(

Seriously, masa tu kemachoan atau kejantanan atau keayuan atau kecomelan yang sedaya upaya korang control akhirnya runtuh juga..

Dan air mata yang terpendam tak dapat dipertahankan lagi, lalu deras jatuh mengalir dan membasahi...

Road To Somewhere

Kadang aku cemburu..
Cemburu dengan mereka yang seringkali dapat apa yang mereka idamkan..

Road To Somewhere..

Sedang aku melangkah ..

Aku pandang ke kiri..

Kelihatan sebuah Toyota Civic melewati..

Aku pandang ke kanan..

Kelihatan sebuah Honda Ex-5 menyusuri..

Aku teruskan melangkah..

Sekali lagi..

Aku pandang ke kiri..

Kelihatan deretan Banglo mewah tersergam indah..

Aku pandang ke kanan..

Kelihatan terdampar Pondok cabuk di pinggir sana..

Aku terhenti melangkah..

Aku pandang ke bawah..

Tersenyum..

"Dalam hidup ini, tak semua yang kita impikan.. akan menjadi kenyataan.."

Ramadhan Bulan Berkah

Jika waktu sebelumnya kau freehair..
Tapi bila tiba Ramadhan kau berhijab...

Jika waktu sebelumnya kau tudung singkat..
Tapi bila tiba Ramadhan kau labuhkan pakaian...

Jika waktu sebelumnya kau jenis hambur kata kesat..
Tapi bila tiba Ramadhan kau jaga lidah dan adab...

Jika waktu sebelumnya solat 5 waktu tak pernah cukup..
Tapi bila tiba Ramadhan solat 5 waktu tak pernah shortcut...

Ramadhan bulan berkah..
Alhamdulillah diatas segala hijrah..
Semoga Ramadhan yang bakal beransur pergi..
Tidak membawa sekali Istiqamah dihati..

Teruskan niat dan perubahan diri..
Hingga tika nanti kita menyahut seruan Ilahi...

Moga Allah Redha..
Moga Allah Cinta...

Ukhwah

Rambut lebat ini semakin menipis..
Usia ini juga semakin berkurangan hari demi hari dalam lewatnya umur yang bertambah..

Kelak akan jatuh helaian daun di singgahsana Syurga..
Sehelai daun rapuh yang terukir namaku..
Syurga bukan harapan, neraka bukan tujuan..
Hanya sekadar meraih cinta sang Pentadbir Alam di kemuncak hayat ini...

Entah esok, lusa, atau nanti..
Aku akan kembali bersua Ilahi..
Mohon maaf kepada yang mengenali sepanjang kehidupan ini..
Hanya mampu mengungkap secebis kata maaf setulus hati..
Bukan untuk meraih simpati..
Hanya tidak mahu berhutang pada penghuni bumi..
Kerana masih banyak hutang yang belum dilunasi pada Pemilik Arasy...

Jadikan ukhwah yang terbina ini satu kebaikan dalam keindahan buat selamanya...

Aku Cukup Pasti

Aku tak mampu memandang hina keburukan seseorang itu..
Sebab aku percaya dan cukup yakin..
Allah Maha Pengasih..
Kan Dia ada cakap dalam surah Al-Baqarah ayat 30..

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.."

Bila seseorang itu berubah ke arah kebaikan, keburukan itu akan dia jadikan sebagai pengajaran untuk jadi lebih baik..
Mungkin lebih baik dari diri aku..

Kenapa aku cukup pasti tentang perkara nie?

Sebab dulu aku juga begitu... ^_^

Tarbiyah Hati

Sama ada kau berjubah..
Atau berserban..
Atau berpurdah sekalipun..
Kau masih tetap seorang manusia..
Seorang manusia yang tak terlepas dari khilaf dan silap..

Jadi..

Berhenti memandang sinis pelaku dosa seakan seumur hidup dia tidak pernah sentuh amal kebajikan..
Seakan dia azalinya memang diciptakan untuk jadi ahli Neraka..

Daripada kau herdik..
Kenapa tak tegur?

Daripada kau cemuh..
Kenapa tak bimbing?

Kenangan

Setiap insan yang bergelar manusia, ada kisahnya yang tersendiri..
Sama ada ianya sesuatu yang membahagiakan, atau sesuatu yang melukakan..

Terkadang kenangan itu terimbas di benak fikiran kita..
Sesuatu yang dianggap seperti layar filem yang bermain berulang kali..

Kenangan indah, ianya mampu mengukirkan sebuah senyuman :)
Tetapi jika kenangan duka?

Nasihat aku...

Kisah lama jangan dikenangkan..
Nanti air mata jatuh berlinangan...