Rabu, 30 September 2015

Kau Aku Nanti

Mungkin nanti..
Aku hanya akan menjadi sebuah kepingan kenangan..
Yang perlahan memudar dan akhirnya terpadam dari ingatan kau selama ini..
Nama aku mulai terhakis lalu terkubur seiring waktu yang melewati...

Akan tetapi..
Bukan itu yang aku risaukan..

Aku cuma takut andai kau tak mampu mendakap kebahagiaan yang selama ini kau impikan..

Mungkin nanti..
Aku hanya akan menjadi bait kenangan yang pernah singgah dalam hidup kau..
Bermukim sementara, lalu beransur lenyap dibawa arus waktu yang penghujungnya cuma menjadi kisah lalu..

Walau begitu..
Doa aku untuk kau takkan pernah terputus..

Kerana bagi aku, kau layak dan berhak dibelai kebahagiaan yang akan mewarnai dengan pelbagai keindahan selama hidup kau..

Aku tahu..
Masa lalu kau cukup menyakitkan..
Masa lalu kau cukup memedihkan...
Masa lalu kau cukup memilukan.....

Kerana itu aku sangat berharap, biarlah masa depan kau diulit dengan kebahagiaan yang sesungguhnya...
Kebahagiaan yang akan menutup tirai duka dan luka masa lalu kau...

Antara kau dan aku..
Tak pasti siapa yang bakal pergi dulu..
Cuma, aku hanya mampu berharap..
Suatu hari nanti, benak hati kau akan terbuka untuk mengingati janji kita satu tika dulu...

Siapa dahulu yang ke Sana..
Dia yang akan tunggu di Pintu Gerbang itu..
Diantara kau dan aku..
Siapa akan tunggu siapa diwaktu itu...
Kau atau aku...
Setialah menunggu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan