Sabtu, 12 September 2015

Hijrah

Trend pelik-pelik..
Kononnya Punk Not Dead!
Seluar koyak macam sengkek..
Telinga kiri kanan bertindik..

Lain masa, lain-lain minah..
Lain tempat, lain-lain wanita..
Sering bertukar..
Silih berganti..

Dengan mak bapak, aku tinggikan suara..
Dengan kawan, sembang kencang macam ahli Syurga..
Jadi anak derhaka..
Jadi manusia tak guna..

Seronok bukan kepalang..
Hiburan bukan calang-calang..
Memang seronok hidup ini..
Macam hidup lama lagi..

Solat? Memang tak lah!
Al-Quran? Pergi lantak lah!
Dunia ini aku punya..
Enjoy selama peluang masih ada..

Nyawa, hampir berapa kali melayang..
Izrail, berapa kali menegur tenang..
Mujur Allah masih sayang..
Entah berapa kali aku diselamatkan..

Tapi diri masih tak sedar-sedar..
Tapi diri masih tak berubah-ubah..
Hati aku dah keras macam besi..
Hati aku masih lagi diselimuti jahil..

Hinggalah suatu hari..
Aku tercari-cari makna hidup ini..
Aku renungi sedalamnya sifat dunia ini..
Kerana disebalik keseronokkan, hati aku penuh dengan kekosongan..
Hati aku tak tenang, hati aku rasa sunyi..

Dunia ini, bukan dunia yang aku inginkan..
Dunia ini, bukan dunia yang berkekalan..
Aku dah fedup..
Aku dah malas nak hadap..
Dunia yang serba serbi pendusta..
Dunia yang penuh dengan seribu satu penipuan dan tipu daya..

Aku ingin kembali..
Kembali pada hakikat aku diciptakan ke bumi..
Tapi aku rasa macam tak layak..
Aku rasa dosa aku dah melambak banyak..
Aku kotor, aku hina, aku berdosa..

Sampai satu tahap..
Aku menangis teresak-esak..
Aku rasa macam dah tak nak hidup lagi..
Aku menyesal separuh mati bila ingat apa yang aku dah buat selama hidup aku ini..

Tapi aku lupa..
Umar Al-Khattab dahulunya juga penuh dosa..
Tapi akhirnya dialah pejuang Islam yang disegani..

Aku lupa..
Khalid Al-Walid dahulunya juga penuh nista..
Tapi akhirnya dialah ulama' yang termahsyur hingga abad ini..

Aku terlupa..
Allah Maha Pengampun..

Aku terlupa..
Allah Maha Pengasih..

Sejadah yang tak pernah aku sentuh, akhirnya terbentang dikaki..
Al-Quran yang tak pernah aku selak..
Perlahan-lahan aku ucap dibibir..
Walaupun tempo dan tajwid terbongkang lari..
Tapi aku akan usaha lagi..
Lagi dan lagi, sampai setiap kalimah tersemat kukuh dihati..

Aku yang dahulunya anak derhaka..
Kini modal saham untuk keluarga ke Syurga..
Aku yang dahulunya digelar sampah..
Kini penuh dengan dakwah dan tarbiyah..
Dan aku yang dahulunya Jahiliyah..
Kini berusaha untuk berjuang dalam Hijrah..

Aku dah jumpa apa yang selama ini aku cari..
Sungguh, aku dah jumpa apa yang selama ini aku cari... :')

"Sometimes.. people with the worst past, creates the best future..."

*Saidina Umar Al-Khattab r.a*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan