Isnin, 31 Ogos 2015

Sesuatu Yang Aku Sedari

Sejenak...

Ada sesuatu yang aku tidak mengerti..
Ada sesuatu yang aku cuba fahami..
Akan lumrah hidup yang berjalan..
Seakan mengajarkan aku erti kehidupan...

Tidak...

Aku masih tidak mengerti..
Walaupun sekilas aku cuba renungi..
Akan perjalanan menempuh arus hidup..
Membelenggu aku dari hari ke hari...

Dan kau...

Ada sesuatu yang aku sedari..
Persamaan diri kita dalam menutup luka..
Yang terukir satu tika dulu..
Yang terlukis satu masa dulu...

Benar...

Hidup tidak selamanya indah..
Terkadang juga harus merasa sakit dan.. derita..
Andai kau punyai kelebihan..
Tutupilah seadanya ku punya kekurangan...

Dan andai aku yang punyai kelebihan..
Akan ku tutupi setiap liang kau punya kekurangan...

Hingga nanti..

Hingga luka lalu..
Kita balutkan dengan lembaran bahagia akan datang..

Hingga nanti..

Hingga ke hembusan yang terakhir...

Asbab

Dalam dunia ini..
Allah takkan ciptakan sesuatu tanpa sebab..

Dalam hidup ini..
Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab..

Jadi...

Sebagai manusia..
Kau harus cukup cerdik untuk mengerti apa asbab kau diciptakan ke dunia..

Sebagai khalifah..
Kau harus cukup pintar untuk memahami apa hikmah kau dilontarkan ujian-Nya..

Segalanya bersebab..
Bahkan kejadian bulan dan matahari juga bersebab...

Dari detik awal Allah SWT ciptakan Adam as ke dunia..
Hingga dari detik akhir Allah SWT timpakan kiamat ke dunia..
Semuanya bersebab..
Semuanya ada sebab...

Mungkin kau tahu..
Bahkan mungkin kau dah lama tahu..
Namun kau masih buat-buat tidak tahu..
Seolah Al-Quran dan Hadith tidak pernah sampai kepadamu..

Maka...

Biarpun kau berpelajaran tinggi..
Biarpun kau berilmu melangit..

Kau merupakan makhluk yang paling bodoh sekali..

Kerana kau masih tidak mengenal 'diri sendiri'...

Mujahadah

Satu ketika..

Kita yang dahulunya menyanjung gelaran Pendosa, berusaha untuk berubah. Berusaha untuk berhijrah. Dan berusaha untuk bermujahadah. Tika hidayah menyapa.

Kita tinggalkan dosa masa kelam, dan berusaha untuk meraih pahala masa depan. Kita berusaha berpaling dari najis dosa, dan sucikan dengan jernih pahala.

Tetapi...

Hati manusia terlalu mudah berbolak balik..
Sampai satu ketika, kita berputus asa dengan jalan dakwah. Kita keliru dengan pilihan yang diambil..

Lantas kita terhenti..
Terhenti di pertengahan jalan..

Bro... Sis.....

Terus terang gwa cakap sama lu, jalan mujahadah nie bukan jalan yang mudah! Bukan jalan yang dihampar karpet merah sambil korang berjalan diatasnya dengan penuh bangga dan bergaya! Bukan der... bukan....
Jalan mujahadah nie terbentang pelbagai hikmah dan ujian yang mana, hanya mereka yang hebat dan kental sahaja yang berjaya mengharunginya.

Putus asa?

Jadi, nak berhenti dan kembali kepada corak hidup yang lama?
Kehidupan yang mana bersalut dan berbalut nista dan dosa?
Sampai bila?
Fikirlah, sampai bila?
Sampai bila korang nak buat dosa dan silap yang sama berulang, dan berulang, dan berulang, dan berulang kali?

Pergi ke suatu tempat sunyi..
Duduk situ diam-diam..
Tanya hati..
Tanya diri..

"Apa yang aku cari selama nie?"

"Apa yang aku inginkan dalam hidup aku?"

Lempang pipi laju-laju, tutup muka dengan tapak tangan, kemudian renung kata-kata aku kembali...

"Jalan mujahadah tak dihampar karpet merah.."

"Jalan mujahadah hanya untuk orang yang hebat dan kental..."

Tak kisahlah dulu kau penyangak antara bangsa ke, komunis ke, yakuza ke, bohsia ke, cikaro ke, penzina ke, pelacur sekalipun. Bila kau dapat hidayah, kau wajib bersyukur! Hidayah nie tak datang bergolek macam ayam golek, dan hidayah nie bukan untuk sembarangan orang. Hidayah nie hanya kepada 'mereka' yang 'terpilih' jer..

Jadi, jika kau rase kau salah seorang yang berjaya 'dapat' hidayah tu (bukan nur hidayah jiran sebelah rumah aku ehh), buktikan yang kau layak dapat hidayah tu..
Buktikan pada Allah, Rasulullah, para sahabat Nabi, para tabi'in, dan lain-lain lagi yang korang berhak dapat hidayah tu. Yang korang mampu bermujahadah dan tergolong dalam kalangan yang 'terpilih'..
Dan buktikan jugak pada Allahyarham Ahmad Ammar, Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir, bahawa diri korang pun mampu menjadi seorang mujahid mujahidah!

Buktikan pada diri korang sendiri yang korang mampu "FROM NOTHING, TO BE SOMETHING"..pada Dia..

Buktikan pada mereka yang selalu menghina, mengherdik, mencaci, memandang sinis, padahal tak pernah nak bimbing atau support, buktikan yang korang juga mampu berusaha "FROM JAHILIYAH, TO JANNAH" pada diorang...

Kepada Kau Wahai Ustaz Kasanova

Kau yang bergelar insan !

Allah Ya Rabb...

Sungguh aku terkesima..

Dengan kau yang hebat dalam tarbiyah..

Yang menggelarkan dirimu sebagai Pendakwah..

Yang berjalan di atas jalan Mujahadah..

Ternyata ada alasan di sebalik kata-kata..

Ternyata tersembunyi keburukan di sebalik madah dakwah..

Demi matlamat, kau menghalalkan pelbagai cara..

Hanya demi memerangkap insan polos di gelar ajnabiyah..

Berhenti lah dari kepura-puraan..

Jangan jadikan jalan ke Jannah sebagai alat untuk kau berhibur di dunia !

Kau yang bergelar insan..

Mohon renungi..

Mohon fahami..

Mohon mengerti..

Kepada kau wahai seorang ajnabi..

Yang mengaku umat Muhammad saw masa kini..

Mohon muhasabah diri...

Sabtu, 29 Ogos 2015

Limit Usia

As salam..

Cuba renung dalam-dalam, sedalam lautan hindi kejap..

Sebagai contohnya umur aku..

Anggap target umur aku 30 tahun, sampai umur berkenaan aku meninggal misalnya, wallahu a'lam. Sekarang umur aku 24 tahun. Start akil baligh lebih kurang umur 13 tahun. Jumlah hidup yang aku jalani bermula akil baligh beranggaran 12 tahun. Jadinya, dalam 12 tahun nie aku rasa dosa aku lebih banyak dari pahala. Jumlah tempoh yang tinggal cuma 6 tahun lebih wallahu a'lam. Andai kata aku buat amal kebajikan selama itu. Seriously, 6 tahun aku punya pahala masih tak dapat nak cover 12 tahun aku punya dosa ! Allah... :'(

Limit 30 Tahun.

Dosa 12 Tahun.

Pahala 6 Tahun.

Banyak kali aku fikirkan. Banyak kali. :(

Apa yang aku cuba nak sampaikan?

Gunakan usia muda korang sebaik-baiknya!

Allah tak tanya kat akhirat nanti,

"Apa kebajikan yang kau buat dihari tua?"

Tapi Allah akan tanya kat akhirat nanti,

"Usia muda kau digunakan untuk apa?"

Santapan minda, sentapan jiwa..
Moga muhasabah, moga berubah...

Sampai Bila?

Beb. Sampai bila? Sampai bila?

Cuba korang perhatikan..

Berapa ramai orang yang ikut syariat islam, yang jaga batas pergaulan, tutup aurat dengan sempurna..
Dan berapa ramai orang yang langgar syariat islam, terdedah sana terdedah sini, fashion pelik-pelik, couple sana couple sini, duduk rapat-rapat sambil selfie slumber unta ajnabi ajnabiyah..

Cuba kau kira, yang ikut syariat dengan yang langgar syariat lebih ramai yang mana?

Cuba pula korang perhatikan...

Berapa ramai yang mempromosikan dakwah tarbiyah untuk membangunkan islam, pencetus ummah, dai'e milennia, imam muda, tadarus..
Dan berapa ramai yang mempromosikan hiburan dan pergaulan bebas yang mana menjatuhkan ummah, mentor, mentol, mentos, dan bermacam men lagilah, drama cintan cintun, korea jepun bagai, dan bermacam macam lagilah..(asif, aku tak tahu sangat citer-citer hiburan nie sbb aku malas tengok tv..)

Dan kira, berapa banyak yang membangunkan ummah berbanding merosakkan ummah?

Cuba ambil dari aspek kanak-kanak pula?

Idola kecil itu, idola kecil ini, sampai berapa musim aku pun tak tahu lah..ajar budak-budak skil nyanyi macam itu, skil nyanyi macam ini..yang bertadarus? Krikk krikk krikk...yang mendidik untuk jadi seorang pendakwah, atau da'ie, atau naqib, atau murabbi, atau yang akan berjasa pada agama? Krikk krikk krikk..taranum, tajwid, hadis, sirah, bla bla bla? Krikk krikk krikk..

Cuba fikir..
Fikir sejauh jauhnya..
Sejauh ibu negara zimbabwe...

Mana pergi ummah yang berani kerana benar?
Mana pergi ummah yang tegas mempertahankan islam?
Dan mana ummah yang berjuang demi menyebarkan islam?

Terus terang aku cakap..
Ummah sekarang banyak yang lembik..
Banyak yang jambu air, jambu batu, jambu cecah sambal kicap, dan bermacam jenis jambu..
Ummah yang mudah sentap bila ditegur, tapi macam itu jugak!
Ummah yang mudah cair bila berhadapan dengan ajnabi/ajnabiyah..
Ummah yang mudah mengalah, dakwah terbantut, terhenti ditengah jalan..
Ummah yang alim pada lisan, tapi hakikatnya jahil pada hati dan iman..
Ummah yang ikut budaya Yahudi, feshion pelik-pelik, couple sana sini, bersentuhan antara bukan mahram..bla bla bla..
Ummah yang itu...dan ummah yang ini...(malas nak tambah lagi..)

Ummah..
Buka mata..
Buka minda..
Dan buka hati..

Sampai bila harus bergelumang dalam kejahilan?

Sampai bila?
Sampai bila?
Dan sampai bila?

Down? Belum Masanya Lagi !

Assalamu'alaikum..

Pernah tak?

Mak bapak korang mengeluarkan kata-kata nie pada korang..

"KAU NIE ANAK TAK GUNA !"

"KAU NIE JADI ANAK TAK MEMBANGGAKAN ORANG TUA !"

"KENAPALAH AKU DAPAT ANAK MACAM KAU NIE, LANGSUNG TAK MEMBANTU MAK BAPAK !"

Demi Allah..
Aku tahu apa yang korang rasa..
Sakit, cukup sakit..
Pedih, sungguh pedih..
Lebih sakit dan pedih berbanding ditinggalkan sahabat dan kekasih... :'(

Tetapi...
Jangan down sekarang..
Jangan give up sekarang...
Dan jangan broken heart sekarang...

Tak semua manusia dilahirkan dengan sifat yang cukup sempurna..
Tiap-tiap diri kita ada kelemahan, ada kelebihan...

AMBIL KATA-KATA TU SEBAGAI HIKMAH !
SEBAGAI MOTIVASI !
DAN SEBAGAI UJIAN !

Jadinya, macam mana nak 'atasi' sikap dan 'tohmahan' mak bapak korang tu?

Belajar agama..
Belajarlah agama sampai setinggi mungkin..
Walaupun mungkin ilmu tu tak mencukupi..
Tapi Insya'Allah usaha tu akan memadai..

Bila kau dah penuh agama dalam diri..
Bila kau dah 'jumpa' apa yang kau cari...

Pergi kat mak bapak korang..
Duduk melutut depan mereka..
Genggam mesra tangan mereka..
Dan katakanlah sejujurnya pada mereka...

"Mak, ayah..mungkin saya kat dunia nie anak tak guna. Mungkin saya kat dunia nie langsung tak dapat nak membantu mak ayah. Tapi percayalah, dan doakanlah..mungkin saya anak yang tak membanggakan nie lah yang akan membantu dan menyelamatkan mak ayah kat akhirat nanti..mungkin anak yang bukan harapan nie lah yang akan keluarkan mak ayah dari neraka, dan bawak masuk syurga.. doakan saya, mak ayah.." :'(

Seriously, masa tu kemachoan atau kejantanan atau keayuan atau kecomelan yang sedaya upaya korang control akhirnya runtuh juga..

Dan air mata yang terpendam tak dapat dipertahankan lagi, lalu deras jatuh mengalir dan membasahi...

Road To Somewhere

Kadang aku cemburu..
Cemburu dengan mereka yang seringkali dapat apa yang mereka idamkan..

Road To Somewhere..

Sedang aku melangkah ..

Aku pandang ke kiri..

Kelihatan sebuah Toyota Civic melewati..

Aku pandang ke kanan..

Kelihatan sebuah Honda Ex-5 menyusuri..

Aku teruskan melangkah..

Sekali lagi..

Aku pandang ke kiri..

Kelihatan deretan Banglo mewah tersergam indah..

Aku pandang ke kanan..

Kelihatan terdampar Pondok cabuk di pinggir sana..

Aku terhenti melangkah..

Aku pandang ke bawah..

Tersenyum..

"Dalam hidup ini, tak semua yang kita impikan.. akan menjadi kenyataan.."

Ramadhan Bulan Berkah

Jika waktu sebelumnya kau freehair..
Tapi bila tiba Ramadhan kau berhijab...

Jika waktu sebelumnya kau tudung singkat..
Tapi bila tiba Ramadhan kau labuhkan pakaian...

Jika waktu sebelumnya kau jenis hambur kata kesat..
Tapi bila tiba Ramadhan kau jaga lidah dan adab...

Jika waktu sebelumnya solat 5 waktu tak pernah cukup..
Tapi bila tiba Ramadhan solat 5 waktu tak pernah shortcut...

Ramadhan bulan berkah..
Alhamdulillah diatas segala hijrah..
Semoga Ramadhan yang bakal beransur pergi..
Tidak membawa sekali Istiqamah dihati..

Teruskan niat dan perubahan diri..
Hingga tika nanti kita menyahut seruan Ilahi...

Moga Allah Redha..
Moga Allah Cinta...

Ukhwah

Rambut lebat ini semakin menipis..
Usia ini juga semakin berkurangan hari demi hari dalam lewatnya umur yang bertambah..

Kelak akan jatuh helaian daun di singgahsana Syurga..
Sehelai daun rapuh yang terukir namaku..
Syurga bukan harapan, neraka bukan tujuan..
Hanya sekadar meraih cinta sang Pentadbir Alam di kemuncak hayat ini...

Entah esok, lusa, atau nanti..
Aku akan kembali bersua Ilahi..
Mohon maaf kepada yang mengenali sepanjang kehidupan ini..
Hanya mampu mengungkap secebis kata maaf setulus hati..
Bukan untuk meraih simpati..
Hanya tidak mahu berhutang pada penghuni bumi..
Kerana masih banyak hutang yang belum dilunasi pada Pemilik Arasy...

Jadikan ukhwah yang terbina ini satu kebaikan dalam keindahan buat selamanya...

Aku Cukup Pasti

Aku tak mampu memandang hina keburukan seseorang itu..
Sebab aku percaya dan cukup yakin..
Allah Maha Pengasih..
Kan Dia ada cakap dalam surah Al-Baqarah ayat 30..

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.."

Bila seseorang itu berubah ke arah kebaikan, keburukan itu akan dia jadikan sebagai pengajaran untuk jadi lebih baik..
Mungkin lebih baik dari diri aku..

Kenapa aku cukup pasti tentang perkara nie?

Sebab dulu aku juga begitu... ^_^

Tarbiyah Hati

Sama ada kau berjubah..
Atau berserban..
Atau berpurdah sekalipun..
Kau masih tetap seorang manusia..
Seorang manusia yang tak terlepas dari khilaf dan silap..

Jadi..

Berhenti memandang sinis pelaku dosa seakan seumur hidup dia tidak pernah sentuh amal kebajikan..
Seakan dia azalinya memang diciptakan untuk jadi ahli Neraka..

Daripada kau herdik..
Kenapa tak tegur?

Daripada kau cemuh..
Kenapa tak bimbing?

Kenangan

Setiap insan yang bergelar manusia, ada kisahnya yang tersendiri..
Sama ada ianya sesuatu yang membahagiakan, atau sesuatu yang melukakan..

Terkadang kenangan itu terimbas di benak fikiran kita..
Sesuatu yang dianggap seperti layar filem yang bermain berulang kali..

Kenangan indah, ianya mampu mengukirkan sebuah senyuman :)
Tetapi jika kenangan duka?

Nasihat aku...

Kisah lama jangan dikenangkan..
Nanti air mata jatuh berlinangan...

Kau Aku Dia Mereka, Kita Serupa

Kau, aku, dia, mereka..

Kita serupa, seorang manusia..
Kita serupa, seorang hamba..
Yang di cipta sebagai khalifah..
Yang memegang amanah dari Sang Esa..
Di teratak dunia yang sementara..

Kau, aku, dia, mereka..

Kita serupa, seorang pendosa..
Kita serupa, seorang bernoda..
Yang berjuang untuk ke Sana..
Yang menunggu imbalan dari Sang Kuasa..
Di perhentian terakhir bernama Akhirah..

Kalau tidak tahu jalan cerita, jangan menjaja fitnah sesedap rasa..
Sedangkan kau tidak tahu, pahit getir dalam kehidupannya..
Dan sedangkan kau tahu, pahit getir yang bakal di hadapinya...

"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;"

*Surah An-Nur, ayat 23*

Think Positive

Terkadang kita lelah..
Kita down..
Kita fedup..

Bilamana Allah lemparkan ujian bertubi-tubi pada diri..
Bilamana kenaifan diri menjadi modus operandi dalam keluhan hati..

Kenapa aku?
Kenapa mesti aku?
Kenapa hanya aku?

Hinggakan kita terlupa RAHMAT Allah itu seluas lautan..
Hinggakan kita terlupa KASIH Allah itu setinggi bintang..
Dan kita terlupa CINTA Allah itu mentadbir seisi alam..

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar."

*An-Nisa', ayat 40*

Think Positive

Kalam Hati

Untuk sekali ini..
Fahamilah apa yang ingin aku kalamkan..
Sebelum hembusan ini berakhir, dan rongga ini disumbat oleh kapas..
Allah lebih mencintai hijrah seorang pendosa ke arah Nasuha..
Berbanding mereka yang merasa cukup beriman seakan Syurga dalam genggaman..

Setiap orang tak lepas dari melakukan dosa..
Kau, aku, dia dan mereka..
Kita serupa, masih seorang pendosa..
Cuma yang membezakan adalah sedalam mana penyesalan dosa itu dirasa..
Kerana itu yang dinilai oleh Maha Kuasa..

Jangan hanya melihat titik hitam hati orang lain..
Sedangkan hati sendiri telah hitam sepekat arang..
Jangan hanya melihat keburukan orang lain..
Sedangkan diri sendiri mungkin lebih buruk dari itu..

Syukurilah selagi Dia menutup aib kita...

Secebis sabda dari Rasulullah saw..

"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat dari kesalahan tersebut..."

Bernikah Atas Dasar Apa?

Statement 1:

"Aku bernikah, atas dasar CINTA."

Bila kita saling mencintai, disitu akan hadirnya kebahagiaan. Saling menerima kekurangan, dan saling melengkapi. Hihi.. sweet jer kan?

Statement 2:

"Aku bernikah, atas dasar HARTA."

Dalam kehidupan kini, rasanya harta lebih bernilai berbanding cinta. Kerana dengan harta, kita dapat mengukuhkan ekonomi sesebuah keluarga. Cinta? Sekadar cinta tak menjamin masa hadapan. Senang cerita, cinta tak mampu beri anak orang makan!

Statement 3:

"Aku bernikah atas dasar ALLAH."

Muslimin muslimat. Memang betul, dengan cinta, segalanya akan indah. Tapi itu bukan bererti kebahagiaan itu akan berkekalan. Mungkin akan ada kekurangannya dari segi ekonomi atau konflik kekeluargaan. Seperti contoh, pasangan curang. Harta juga tidak mampu menjamin kebahagiaan seseorang. Ya! Mungkin harta mampu membeli segalanya, tapi siapa tahu, mungkin diwaktu ini kita beroleh kemewahan. Hari  kelak? Muflis kering kontang. Harta juga bukan jaminan kebahagiaan. Kadang kita alpa, kadang kita lupa, 'siapa' yang beri rezeki kepada kita.

Jadi, saya lebih tertarik pada statement ke 3. Bernikah atas dasar Allah. Mungkin kita cuma ada sebuah kehidupan yang sederhana. Kehidupan yang serba kekurangan. Tapi percayalah, bila 'ada'nya Allah dalam kehidupan kita, kita akan dapat segalanya. Maksud saya disini, bukanlah dapat rumah besar, barangan berjenama atau kemewahan. Tapi itu mungkin juga akan kita perolehi. Dengan atas dasar Allah, kita mampu mencorakkan sesebuah keluarga yang bahagia. "Biar miskin harta, tetapi bahagia." Haa... pernah dengarkan ayat itu? Dengan atas dasar Allah juga, kita mampu mendidik anak-anak kita untuk taat pada agama. Anak-anak yang soleh solehah. Yang Insya'Allah nya nanti bakal membantu kita di akhirat melalui doa-doa. Bukan melalui cinta, yang kebanyakkannya disalah gunakan dalam bentuk ikhtilat. Atau harta yang melimpah ruah. Tetapi adalah amal dan taqwa.

Ambil sirah Rasulullah saw sebagai contoh. Kehidupan Baginda tidaklah semewah kita hari ini, kehidupan Baginda hanyalah sebuah kehidupan yang sederhana. Tetapi didalam kesederhanaan itu Mereka memiliki 'segalanya'. Kebahagiaan, keberkahan, dan juga keredhaan yang diberi oleh Allah SWT yang bahkan tidak mampu dicapai atau diraih oleh umat hari ini Wallahu A'lam. Selepas kewafatan Rasulullah, keluarga Baginda kehidupannya lebih sukar berbanding semasa adanya Baginda, tetapi isteri tercinta Baginda yaitu Saidatina Aisyah r.a masih tetap gemar bersedekah. "Bekalan akhirat" jelasnya. Itu menguatkan lagi pendapat saya yang sebuah keluarga yang beragama, mampu membimbing dan mendidik ahli keluarga ke arah Allah dan agamanya sejajar seperti yang diperintahkan kepada kita. Jangan risau, selagi adanya Allah, Allah akan murahkan rezeki kita. Mungkin bukan melalui wang ringgit. Tetapi melalui bantuan dari segi kemudahan kehidupan harian, seperti bantuan kerajaan dan sebagainya. Percayalah.

Harta juga bukan jaminan asas kukuhnya sesebuah kekeluargaan. Berapa ramai hari ini yang mempunyai kehidupan yang mewah tetapi berpakaian atau mengamalkan corak hidup yang bercanggah dan bertentangan dengan syariat dan Al-Quran? Masalah gaya hidup bebas atau terikut ikutan dengan gaya hidup orang barat? Aurat tak tutup, rasuah, clubbing sana sini dan lain-lain. Wallahu A'lam. Saya tak kata semua golongan berada sebegitu, sama sekali tidak. Cuma, dari apa yang saya perhatikan dan melalui pengalaman selama saya berdakwah, kebanyakkan dari mereka begitu. Hidup dalam kemaksiatan dan kealpaan.

Pernah seseorang mengadu masalah pada saya bagaimana untuk memperoleh kebahagiaan, saya tanya "ada solat tak?"..tak pernah sama sekali, bahkan cara-cara dan bacaan juga tidak tahu. "Mak ayah tak pernah ajar solat" jelasnya. Astaghfirullah, mengeluh panjang saya, duit dalam bank berlambak, apa salahnya jika hantar anak ke sekolah agama walaupun diri sendiri tak tahu atau tak nak buat? Takkan nak anak-anak juga ikut jejak langkah sebegitu?

Pernah juga seorang sahabat yang bertugas dalam menguruskan jenazah bercerita kepada saya mengenai seseorang yang bergelar hartawan yang kematian bapanya. Bila diajak berjemaah solat jenazah dia menolak, "saya tak tahu solat ustaz, ustaz jelah yang solatkan ye.." jawapannya. Inginkan solat, surah Al-fatihah pun tak hafaz. Kalau dah surah yg orang kata sebati dengan kita, bak kata orang, "alah, surah kacang je nie." Pon tak tahu, surah yang lain? Tajwid? Solat macam mana? Sekali lagi saya beristighfar panjang. Ada juga yang gunakan kemewahan kearah kebaikan, tapi berniatkan keburukan. Contohnya bersedekah. Bila kita tengok orang yang suka bersedekah, pasti terlintas difikiran kita bahawa dia adalah seorang yang dermawan atau pemurah. Pasti sedekahnya itu semata-mata demi meraih keredhaan dan kecintaan Allah. Tetapi? Ternyata semata-mata kerana nama. Nak orang pandang dia tu baik. Nak reputasi yang baik dan tinggi. "Amal melambangkan imej" jelasnya. Masya'Allah. Na'uzubillahiminzalik. Ya Allah, kami meminta perlindungan kepada-Mu dari sifat-sifat riak, ujub dan takabur.

Kesimpulannya, cinta kufur, harta menggunung, dan yang sewaktu dengannya, itu bukanlah sesuatu yang akan kekal abadi. Mungkin permulaannya bahagia, tetapi penghujungnya derita, begitu juga sebaliknya. Kena ingat. Semua itu akan kita tinggal pergi suatu hari nanti. Cepat atau lambat. Ya! Itulah sangat kita dijemput Izrail. Detik penamatnya kehidupan kita. Yaitu KEMATIAN'. Amal yang baik akan melindungi, amal yang buruk akan menghancuri. Sebaik-baik perkara adalah kerana Allah, dan seburuk-buruk perkara adalah dorongan hawa nafsu.

Saya akhiri kalam ini dengan seribu maaf andai tersilap kata, dan terkasar bahasa.
Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.....untuk diperbaiki.

Assalamu'alaikum

Bila Nak Kahwin?

Ada sorang makcik nie..

Asal terjumpa aku jer, dia akan tanya:

"Bila nak kahwin?"

Asal aku terjumpa dia jer, dia tanya:

"Bila nak kahwin?"

Dijadikan cerita, dek kerana aku dah cukup fedup dengan pertanyaan yang diajukan..
Maka, terlintaslah satu idea yang cukup bernas plus setajam kulit nenas..
Dan.. dengan penuh kepoyoan dan keslumberan yang terpapar jelas pada muka aku yang sememangnya manis semanis kurma nie, aku pon jawab:

"Nanti. Bila suami makcik dah kahwin lagi satu, baru saya kahwin.."

Lepas tu aku perhati muka makcik tu tetiba monyok plus merah padam. Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab terlalu lama sangat tahan kentut kot. Agaknya lah...

Angan-Angan Berisi

Assalamu'alaikum..

Terkadang aku berangan..

Bila dah ada anak nanti..
Beri nama yang baik-baik..
Tunjukkan teladan yang baik..
Asuh dengan didikan agama yang tinggi..
Masukkan ke sekolah pondok atau tahfiz..

Allahu, senyum je aku bila bayangkan.. :)
Tapi terkadang takut jugak nak ada isteri atau anak akhir zaman nie..

Takut kalau tak mampu nak bimbing isteri jadi solehah..
Takut kalau tak mampu nak didik anak-anak jadi soleh solehah..
Dan yang paling aku takut, takut kalau tak mampu jadi imam atau madrasah yang soleh untuk keluarga..

Allah..

Apa aku nak jawab dihadapan Dia pada akhirat nanti?

Ok, sekarang aku nak nangis!!! :'(

Allaahumma innii a'uuzubika minal hammi wal hazani..

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan...

Sahabat Fillah

Sahabat Fillah..

Terima kasih sebab buka mata hati aku, dan buat aku tutup mata tinggi aku..

Aku faham apa yang kau cuba sampaikan disaat detik-detik terakhir kau..

Kau nak bagitahu yang "dunia nie hanya sementara" kan?

"Manfaatkan hidup nie selagi nyawa masih dikandung pada badan" kan?

Jangan risau..
Kini aku sedang cuba melangkah ke jalan yang sama dengan kau..

Jika aku di masukkan ke syurga kelak, kita akan bersahabat untuk selamanya..
Persahabatan kita di Jannah akan tiada penghujungnya..
Tunggulah aku di "sana"..
Tapi andai aku tak mampu untuk ke "sana"...

MAAFKANLAH AKU.....

Jangan Hanya MENCARI, Harus Juga MENJADI !

Jika di imbau kembali suatu tika dulu..
Aku sering kali menari di dalam kancah dosa..

Banyak, terlalu banyak..
Pedih, cukup pedih..

Telapak tangan ini masih jelas memaparkan dosa semalam..
Hati ini masih di bayangi dan dihantui dosa silam..

Allah..

Aku berilmu, tetapi tidak beramal..
Ilmu ku hanya menjadi hiasan dari luaran..

Memang tepat apa yang di jelaskan murobbi ku..
Masih bergema setiap bibit katanya sekaligus meluntur hati ku..

"Dalam mencari pasangan, utamakan yang rajin daripada beragama..rajin dalam mencari dan mengenal hukum hakam islam, rajin dalam mencari dan menelaah syariat islam..itulah ciri-ciri muslimah sejati! Tidak hanya beragama, tetapi ilmunya tidak diamalkan..tak lebih hanya disimpan dalam minda, tetapi tidak diterapkan dalam jiwa..jika ingin ditemukan dengan pendamping yang solehah, HARUS lah terlebih dahulu mendidik diri menjadi soleh..jangan hanya MENCARI, tetapi harus juga MENJADI! Rajin dalam beragama itu penting sebagai pembimbing dan penasihat terbaik.."

Sekali lagi air mata ini jatuh tertumpah..
Bahkan lebih deras berbanding awal tadi yang hanya menitis perlahan ke pipi..

Jauh didalam sanubari..

Ya Allah apa yang telah aku lakukan?
Aku gagal meraih janji sebagai khalifah sejati di persinggahan sementara ku ini..
Andai waktu mampu diputar kembali..
Pasti aku tak akan bermain dengan api yang kini membakar diri..
Tetapi aku cukup mengerti itu tak akan terjadi..
Yang telah terjadi sudah pun terjadi..
Cukuplah ia menjadi pengajaran dan pedoman dalam corak membina diri menjadi lebih baik...

Terima Kasih Daun Keladi

Aku bukan anak orang senang..
Aku lahir dari keluarga yang sederhana..
Nak apa bukan cuma tinggal diminta..
Tapi terpaksa ikat perut, kumpul duit semata-mana nak beli sesuatu yang aku idamkan..

Dari kecil lagi aku diasuh agar sentiasa bersikap bersederhana..
Tak kurang juga dididik tentang agama..
Walaupun keluarga aku nie tak lah setinggi mana yang mereka tahu, tapi mereka mengajar aku sebanyak mana yang mereka tahu..itu mencukupi bagi aku sebagai pegangan hidup..Alhamdulillah..

Aku bukanlah baik sangat, tapi bagi aku agama tu penting dalam menyelamatkan diri dan keluarga didunia mahupun akhirat..
Antara Guru2 yang banyak membimbing aku adalah Hj. Yusuf, Ustazah Mashitah, Ustazah Syamsiah, Ustazah Qamariah dan Ustazah Rasyidah..sebab mereka dapat lihat kelebihan dalam diri aku melebihi diri aku sendiri..
Tak lupa juga yang sentiasa mengingatkan aku tentang solat..Iman Hj. Abdullah, Humaira dan Burhanudin juga para sahabat dan murobbi..

Tapi aku bersyukur..
Dan aku belajar sesuatu dalam kehidupan yang serba kekurangan nie..
Aku belajar mensyukuri tiap nikmat yang diberikan-Nya..
Aku belajar menghargai tiap apa yang Dia berikan..walaupun sikit..
Dan aku belajar untuk jadi kuat, juga berdikari dalam menempuh tiap2 ujian dalam kehidupan nie..

Benarlah firmanNya dalam Surah Az-Zumar ayat 10 :

"Orang2 yang berbuat baik didunia nie akan memperolehi hasanah yaitu kebaikan..dan bumi Allah tu adalah luas..sesungguhnya hanya orang2 yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.."

Juga pesan KekasihNya dalam Hadis Riwayat Ad-Dailami :

"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal tu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi.."

Kepada semua..
Terima kasih daun keladi..
Semoga kita berjiran di Syurga nanti..
Insya'Allah Allahumma Aamiin... :')

Andai Masih Ada Kesempatan

Air mata ku menitis..
Ku mengimbas tiap layar mungkar..
Derai tangis membasahi..
Aku sedari diri penuh noda..

Masihkah ada kesempatan?
Untuk ku raih cinta Pentadbir Alam..
Apa lah yang ku fikirkan..
Sedang aku tahu Dia Maha Pengampun..

Andai aku di beri pilihan..
Tak ingin aku lahir ke dunia..
Andai masih ada kesempatan..
Ampuni aku Tuhan...

Warkah Dari Pendosa

Maafkan butiran kejahatanku..
Bahawa telah begitu jauh aku terhanyut..
Terhanyut dibawa derasnya arus dosa..
Menjadikan hatiku keras dan sombong untuk mengingati-Mu...

Namun Kau penuh dengan sifat Pengasih..
Kau terangi hati ini yang sirna dengan cahaya hidayah..
Dengarlah luahan hatiku yang terdalam..
Tanpa-Mu aku lemah dan tak berdaya...

Biar selamanya aku sendirian tanpa ditemani insan..
Hati dan jiwa ini begitu mencintai-Mu..
Dan aku tak sanggup hidup tanpa-Mu...

Biar semuanya meninggalkan aku dalam jurang sepi..
Asalkan Kau tetap menemani dan teguh disisi..
Allahu Ahad, Allahu Rabbi...

Aku telah terlalu lelah..
Hati ini telah cukup letih..
Dengan dunia yang serba pendusta..
Yang hakikatnya hanya sementara...

Ibadahku bukan untuk mengejar Syurga..
Amalanku bukan untuk menghindar Neraka..
Jujurnya, aku ingin Kau mencintaiku..
Sepertimana aku mencintai-Mu..
Dan inilah warkah dari seorang Pendosa kepada Pencipta...

Realiti Dalam Fantasi

Jari jemari lincah menari menyentuh keyboard.
Dari detik ta'aruf beralih kepada lagha.
Dah bual itu, dah bual ini…
Buka cerita itu, buka cerita ini…

Bila dah bosan dalam kalam bisu, mula pula bicara merdu.
Voicebox dengan pelbagai madah dan lagha.

Bosan…
Try pula kaedah baru bagi memecahkan kebuntuan..
Nyanyi lagu itu, nyanyi lagu ini…
Puji kata itu, puji kata ini…

"Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
*Al-Ahzab, ayat 32*

Malaikat kiri kanan dok perhati dari tadi.
Senyum…
Manusia, bukan main seronok lagi…
Dia ketawa terbahak-bahak sampai naik ternampak anak tekak, sedangkan dia belum pasti perbuatan dia itu Allah suka atau tak…
Cara dia itu Allah redha atau tak...

"Aku tertawa hairan kepada orang yang mengejar-ngejar cinta dunia padahal kematian terus mengejarnya, dan kepada orang yng melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yng tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya."
*Salman Al-Farisi*

Sudah dinasihati, Al-Quran juga terlebih dahulu menjelasi.
Bukan tak tahu, tapi sebab dah rasa seronok.
Halal haram tolak tepi…

"Orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim."
*Al-Ankabut, ayat 49*

Bila tak borak, tak dengar suara sunyi katanya..
Mengeluh dalam suram..
Kesayangan mulai mendiam..
Kesunyian makan dalam..
Rasa macam ada kekosongan..
Tapi yang bodohnya menjadikan si dia sebagai satu-satunya alasan...

Stalker sana, stalker sini…
Chatting dengan yang itu, chatting dengan yang ini.
Waktu solat di tangguh-tangguhkan..
Last-last sejadah tak bersentuh, Al-Quran tak dibaca...

Bila ditimpa ujian…
Tanya hati,
Kenapa aku?
Menangis tak berlagu...

"Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dirinya kehidupan yang sempit.."
*Thoha, ayat 124*

Sebuah Doa, Demi Sebuah Perubahan

Assalamu'alaikum

Termenung-menung pagi ni, teringat pulak sewaktu aku mula-mula belajar mengaji dengan seorang pakcik nie yang bernama Hj. Yusuf. Peramah dan sedernaha orangnya, pernah jugak dia menolak tawaran untuk menjadi imam dan katanya masih banyak lagi yang harus di pelajari nya walaupun sebenarnya ilmu agama nya tinggi dan beliau sangat di kagumi mahupun di segani oleh masyarakat setempat. Sebenarnya banyak yang aku fikirkan, diantaranya adalah tentang pembelajaran dan masa depan..

Ok. Dipendekkan cerita daripada di pendam sendirian lebih baik aku share dengan korang ye tak?

Apa yang ingin aku kongsikan disini adalah berkenaan dengan "BERUBAH".
Ramai diantara kita yang sudah pun sedia maklum apa itu istilah berubah kan? Sebagai contoh, yang baik berubah kepada jahat dan yang jahat berubah kepada baik mahupun yang baik berubah menjadi lebih baik, begitu juga sebaliknya. Wallahu A'lam..

Untuk makluman semua, nie tiada kaitan dengan cerita Transformers..alahh kenderaan yang boleh berubah jadi robot tu *amboih, bergurau pulak aku hehe sorry-sorry :p *

So, sebelum aku berbicara mengenai "berubah" nie, biarlah saya mengemukakan perkara yang berkaitan dengannya terlebih dahulu yaitu "TAUBAT".
Untuk kita bertaubat dengan sesungguhnya, kita perlu mengikuti syaratnya terlebih dahulu..

Apakah syaratnya?

Syarat Taubat :

1. Tinggalkan

2. Menyesal

3. Tidak mengulangi

Jika kita bertaubat pagi petang siang malam, tetapi syarat taubat tidak di ikuti..maka, taubat kita seakan tiada gunanya. Seolah-olah sekadar melepaskan batuk ditangga.
Ok, berbalik kepada apa yang ingin aku sampaikan yaitu Transform a.k.a. Berubah.
Jika kita perhatikan keadaan sekeliling kita, ramai yang diantara kita yang penampilan ala-ala Osama Bin Ladin, style Pak Imam, serban punya tinggi, jubah punyalah labuh dan kalau bab-bab menasihati nie mengalahkan Imam Al-Ghazali. Habis semua mahzab dibukaknya..

Tapi pernah tak terfikir atau terlintas difikiran kita? Orang yang dah keras hatinya macam batu belah batu bertangkup, agak-agak boleh masuk ke nasihat kita ke dalam sel-sel otak dia? Berbuih-buih mulut pun belum tentu dia dengar dan ambil renungan melainkan hidayah telah sampai, tak semestinya setelah kita menasihatinya, 100% dia akan dengar dan terus berubah. Kalaupun dia boleh menerimanya, bermaksud dihatinya tu masih terdapat iman walaupun sedikit.

Paling kurang pun nasihat kita tak diendahkan, mungkin juga mampu menimbulkan rasa tidak puas hati atau perasaan tidak disenangi bagi seseorang tu menempelak kita kembali. Kita harus tahu, dalam menegur tu terdapat caranya. Tegurlah ia secara baik agar dia dapat menerimanya juga secara baik. Wallahu A'lam..

Ada sesetengah orang menggunakan bahasa kasar ketika menegur, walaupun niatnya baik tetapi andai kata "bahasanya" agak melampaui, kemungkinan akan menyebabkan pertelingkahan yang akan berakhir kepada pergaduhan atau permusuhan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.."
*Surah An-Nahl, ayat 125*

Contohnya?

"Kenapa tak tutup aurat? Menyesal mak kau lahirkan kau, lagi bagus kalau dia buang jer kau dalam longkang time kau bayi dulu!"

"Taubat lah woi! Kang kalau kau mampus nanti masuk Neraka Jahanam baru padan muka kau!"

See....?

Rasanya boleh masuk atau boleh diterima ke nasihat tu ke dalam otak dia? Yang ada hanya menimbulkan pertengkaran. Nasihat dah betul, tapi cara mengalahkan komunis! So, berilah nasihat dengan sebaik-baiknya seperti yang di sirah kan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw. Insya'Allah nasihat tu dapat meresapi ke dalam hatinya, sama ada dia mahu ikut atau tak, tu terpulang kepadanya. Yang penting niat kita ikhlas, bukan kerana mahu menghina atau merendahkan martabatnya.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."
*Surah Az-Zariyat, ayat 55*

Dan kepada yang dinasihati tu pula, terimalah nasihat tu dengan hati terbuka. Jangan pulak kita memerli dengan kata-kata yang menyakiti hati contohnya..

"Alahh kau nak tegur aku konon, kau punya perangai macam lah baik sangat!"

"Tak payahlah nak nasihatkan aku segala, kau tu pun bukan baik sangat!"

Allahu..

Apa punya mindset nie?

Renungkan kata ulama' nie :

"Jangan lihat pada siapa yang berkata, tetapi lihat pada apa yang ingin di kata.."

Akan tetapi, setakat memberi nasihat semata tak berguna juga. Macam jugak nak lulus dalam exam, jika kita tak mengulangkaji pelajaran sebelumnya, bagaimana kita mampu menjawab soalan papers-papers tu kan? Jika kita berniat ikhlas dan bersungguh ingin agar dia berubah..jadi, apa yang harus kita lakukan selain menasihati?

Jawapannya adalah "Doa" !

Doa merupakan senjata umat Islam !
Daripada kita dok berbuih-buih mulut tak ubah macam orang yang kena sawan tapi nasihat kita di tolak tepi, setelah selesai menunaikan solat, kita berdoa kepada-Nya, minta kepada-Nya, agar terbuka pintu hati dia.

"Ya Allah Tuhan yang mentadbir sekalian Alam, yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Bukanlah pintu hati nya untuk berubah, untuk kembali ke jalan yang benar, yaitu jalan yang Engkau berikan rahmat dan redha. Berikanlah hidayah-Mu kepadanya, agar dia berpijak dibumi yang nyata, yaitu beribadah kepada-Mu didunia yang sementara ini. Tunjukkanlah ia jalan yang lurus dan bimbinglah hatinya. Agar kami dapat melangkah bersama para muslimin muslimat yang lain menuju ke singgahsana Syurga-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Pengampuni."

See again?

Kan lebih baik camtu, jangan pulak kita menegurnya semata-mata ingin mencari aib atau saja nak menunjuk. Nak merendahkannya dengan membandingkan ilmu agama yang kita ada. Masya'Allah, tu dah lari niat yang baik, takut-takut akan dapat menimbulkan sifat riak. Jangan sehingga terjadinya ujub takbur !

"Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain.."
*Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim*

Setakat ini kalam ku, mohon maaf jika ada yang tersilap kata, atau menyinggung mana-mana pihak.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kita..........untuk diperbaiki...

Kelak Kita Kan Berjumpa Lagi

Andai suatu saat nanti..
Aku akan kembali menghadap Ilahi..
Janganlah menangis sedih..
Tapi menangislah di dalam syukur...

Allah lebih menyayangiku..
Karna itu Dia memanggilku..
Ayah dan ibu maafkanlah anakmu..
Bila tak lagi memegang janji untuk menjagamu...

Dan janganlah meratapi kepergianku..
Tapi hadiahkanlah aku dengan doa dan Al-Fatihah di setiap waktu..

Andai Allah mengizinkan..
Kelak kita akan berjumpa lagi..
Di Syurga nanti...

Wahai Tuhanku

Terasa hina diriku pada-Mu..
Di sejadah ku bersujud dan bermohon..
Maafkanlah akan segala dosaku..
Hari yang lalu gelapkan hatiku...

Kelam hidupku tiada pentunjuk..
Tangan ini menjadi saksi khilafku..
Sucikanlah hati juga fikiranku..
Yang telah sesat jauh dari jalan-Mu...

Apa yang ku rasakan kini..
Tak lebih dari sebuah kekosongan...

Wahai Tuhanku..
Hanya kepadaMu tempatku bergantung..
Ku serahkan hidup dan matiku..
Di dalam keMahaan-Mu...

Wahai Tuhanku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Apa yang terlintas di benak hatiku..
Yang selalu mendambakan keampunan-Mu...

Di Akhir Hayat Ini

Pekat malam aku bermimpikan..

Diantara hidup dan mati dosa silam..
Semoga semua bisa terhapuskan..

Tuk menyentuh pintu surgaMu akhir nanti..

Matahari dan bulan tak lagi bersatu..

Bila bintang jatuh..

Di akhir hayat ini..

Ku berharap sempat memudar segala noda...

Jagakan Dia Untukku

Seringku bertanya sendiri pada hati..
Adakah diriku juga ada di dalam hatimu..
Seperti diriku yang merindukanmu...

Milikimu itu hal yang tersulit bagiku..
Sungguh, begitu banyak alasan..
Yang menjelaskan perbedaan diantara kita...

Dan harus ku sadari, kau bukan untukku..
Dan perlu ku mengerti, ku bukan pilihan hatimu...

Tuhan jagakan dia untukku..
Bila aku juga tau, cinta tak harus menyatu...

Tuhan berikankan dia bahagia..
Tersenyum indah selalu, meskipun bukan denganku...

Kau tak mungkin dapat membayangkan sakitnya..
Tiap pedih merabakkan jiwa..
Dikala hati ini bertahan di tengah kelukaan...

Aku Bertaubat Pada-Mu

Saat aku pejam mata..
Terlintas semua dosa laluku..
Meski aku dalam terjaga.
Dosa membuat hatiku gelisah...

Aku sedar diri ini..
Telah jauh di dalam berbuat dosa..
Aku takut dosa ini..
Akan menjebakku untuk ke Neraka...

Ampuni aku akan semua dosa-dosaku..
Sebelum Kau mengutus malaikat-Mu..
Menjemput aku kembali...

Saat aku bersujud pada-Mu..
Tenang terasa relung hatiku..
Saat aku berdoa pada-Mu..
Tulus di dalam setiap nafasku...

Aku tahu Kau kan mendengar..
Doa dari orang yang ingin bertaubat..
Aku yakin Kau kan terima..
Taubat dari orang yang tulus hatinya...

Ampuni aku akan semua dosa-dosaku..
Sebelum Kau mengutus malaikat-Mu..
Menjemput aku kembali...

Aku bertaubat padaMu Ya Allah..
Aku bertaubat padaMu Ya Allah...

Cinta Sejati

Terlalu lamaku mengejar dunia..
Hingga aku lupa kepada Pencipta..
Namun tak pernah sedikitpun Engkau..
Meninggalkanku disaat ku perlu...

Ku mencari cinta sejati..
Cinta lahir jauh dari dalam hati..
Dan ku sadari cinta yang abadi..
Adalah cinta kepada-Mu Ya Allah...

Hanya Engkau yang bisa..
Memberi bahagia dalam hidupku..
Hanya Engkau yang bisa..
Membalas cinta sempurna selamanya...
Ya Allah...