Sabtu, 29 Ogos 2015

Warkah Dari Pendosa

Maafkan butiran kejahatanku..
Bahawa telah begitu jauh aku terhanyut..
Terhanyut dibawa derasnya arus dosa..
Menjadikan hatiku keras dan sombong untuk mengingati-Mu...

Namun Kau penuh dengan sifat Pengasih..
Kau terangi hati ini yang sirna dengan cahaya hidayah..
Dengarlah luahan hatiku yang terdalam..
Tanpa-Mu aku lemah dan tak berdaya...

Biar selamanya aku sendirian tanpa ditemani insan..
Hati dan jiwa ini begitu mencintai-Mu..
Dan aku tak sanggup hidup tanpa-Mu...

Biar semuanya meninggalkan aku dalam jurang sepi..
Asalkan Kau tetap menemani dan teguh disisi..
Allahu Ahad, Allahu Rabbi...

Aku telah terlalu lelah..
Hati ini telah cukup letih..
Dengan dunia yang serba pendusta..
Yang hakikatnya hanya sementara...

Ibadahku bukan untuk mengejar Syurga..
Amalanku bukan untuk menghindar Neraka..
Jujurnya, aku ingin Kau mencintaiku..
Sepertimana aku mencintai-Mu..
Dan inilah warkah dari seorang Pendosa kepada Pencipta...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan