Sabtu, 29 Ogos 2015

Bernikah Atas Dasar Apa?

Statement 1:

"Aku bernikah, atas dasar CINTA."

Bila kita saling mencintai, disitu akan hadirnya kebahagiaan. Saling menerima kekurangan, dan saling melengkapi. Hihi.. sweet jer kan?

Statement 2:

"Aku bernikah, atas dasar HARTA."

Dalam kehidupan kini, rasanya harta lebih bernilai berbanding cinta. Kerana dengan harta, kita dapat mengukuhkan ekonomi sesebuah keluarga. Cinta? Sekadar cinta tak menjamin masa hadapan. Senang cerita, cinta tak mampu beri anak orang makan!

Statement 3:

"Aku bernikah atas dasar ALLAH."

Muslimin muslimat. Memang betul, dengan cinta, segalanya akan indah. Tapi itu bukan bererti kebahagiaan itu akan berkekalan. Mungkin akan ada kekurangannya dari segi ekonomi atau konflik kekeluargaan. Seperti contoh, pasangan curang. Harta juga tidak mampu menjamin kebahagiaan seseorang. Ya! Mungkin harta mampu membeli segalanya, tapi siapa tahu, mungkin diwaktu ini kita beroleh kemewahan. Hari  kelak? Muflis kering kontang. Harta juga bukan jaminan kebahagiaan. Kadang kita alpa, kadang kita lupa, 'siapa' yang beri rezeki kepada kita.

Jadi, saya lebih tertarik pada statement ke 3. Bernikah atas dasar Allah. Mungkin kita cuma ada sebuah kehidupan yang sederhana. Kehidupan yang serba kekurangan. Tapi percayalah, bila 'ada'nya Allah dalam kehidupan kita, kita akan dapat segalanya. Maksud saya disini, bukanlah dapat rumah besar, barangan berjenama atau kemewahan. Tapi itu mungkin juga akan kita perolehi. Dengan atas dasar Allah, kita mampu mencorakkan sesebuah keluarga yang bahagia. "Biar miskin harta, tetapi bahagia." Haa... pernah dengarkan ayat itu? Dengan atas dasar Allah juga, kita mampu mendidik anak-anak kita untuk taat pada agama. Anak-anak yang soleh solehah. Yang Insya'Allah nya nanti bakal membantu kita di akhirat melalui doa-doa. Bukan melalui cinta, yang kebanyakkannya disalah gunakan dalam bentuk ikhtilat. Atau harta yang melimpah ruah. Tetapi adalah amal dan taqwa.

Ambil sirah Rasulullah saw sebagai contoh. Kehidupan Baginda tidaklah semewah kita hari ini, kehidupan Baginda hanyalah sebuah kehidupan yang sederhana. Tetapi didalam kesederhanaan itu Mereka memiliki 'segalanya'. Kebahagiaan, keberkahan, dan juga keredhaan yang diberi oleh Allah SWT yang bahkan tidak mampu dicapai atau diraih oleh umat hari ini Wallahu A'lam. Selepas kewafatan Rasulullah, keluarga Baginda kehidupannya lebih sukar berbanding semasa adanya Baginda, tetapi isteri tercinta Baginda yaitu Saidatina Aisyah r.a masih tetap gemar bersedekah. "Bekalan akhirat" jelasnya. Itu menguatkan lagi pendapat saya yang sebuah keluarga yang beragama, mampu membimbing dan mendidik ahli keluarga ke arah Allah dan agamanya sejajar seperti yang diperintahkan kepada kita. Jangan risau, selagi adanya Allah, Allah akan murahkan rezeki kita. Mungkin bukan melalui wang ringgit. Tetapi melalui bantuan dari segi kemudahan kehidupan harian, seperti bantuan kerajaan dan sebagainya. Percayalah.

Harta juga bukan jaminan asas kukuhnya sesebuah kekeluargaan. Berapa ramai hari ini yang mempunyai kehidupan yang mewah tetapi berpakaian atau mengamalkan corak hidup yang bercanggah dan bertentangan dengan syariat dan Al-Quran? Masalah gaya hidup bebas atau terikut ikutan dengan gaya hidup orang barat? Aurat tak tutup, rasuah, clubbing sana sini dan lain-lain. Wallahu A'lam. Saya tak kata semua golongan berada sebegitu, sama sekali tidak. Cuma, dari apa yang saya perhatikan dan melalui pengalaman selama saya berdakwah, kebanyakkan dari mereka begitu. Hidup dalam kemaksiatan dan kealpaan.

Pernah seseorang mengadu masalah pada saya bagaimana untuk memperoleh kebahagiaan, saya tanya "ada solat tak?"..tak pernah sama sekali, bahkan cara-cara dan bacaan juga tidak tahu. "Mak ayah tak pernah ajar solat" jelasnya. Astaghfirullah, mengeluh panjang saya, duit dalam bank berlambak, apa salahnya jika hantar anak ke sekolah agama walaupun diri sendiri tak tahu atau tak nak buat? Takkan nak anak-anak juga ikut jejak langkah sebegitu?

Pernah juga seorang sahabat yang bertugas dalam menguruskan jenazah bercerita kepada saya mengenai seseorang yang bergelar hartawan yang kematian bapanya. Bila diajak berjemaah solat jenazah dia menolak, "saya tak tahu solat ustaz, ustaz jelah yang solatkan ye.." jawapannya. Inginkan solat, surah Al-fatihah pun tak hafaz. Kalau dah surah yg orang kata sebati dengan kita, bak kata orang, "alah, surah kacang je nie." Pon tak tahu, surah yang lain? Tajwid? Solat macam mana? Sekali lagi saya beristighfar panjang. Ada juga yang gunakan kemewahan kearah kebaikan, tapi berniatkan keburukan. Contohnya bersedekah. Bila kita tengok orang yang suka bersedekah, pasti terlintas difikiran kita bahawa dia adalah seorang yang dermawan atau pemurah. Pasti sedekahnya itu semata-mata demi meraih keredhaan dan kecintaan Allah. Tetapi? Ternyata semata-mata kerana nama. Nak orang pandang dia tu baik. Nak reputasi yang baik dan tinggi. "Amal melambangkan imej" jelasnya. Masya'Allah. Na'uzubillahiminzalik. Ya Allah, kami meminta perlindungan kepada-Mu dari sifat-sifat riak, ujub dan takabur.

Kesimpulannya, cinta kufur, harta menggunung, dan yang sewaktu dengannya, itu bukanlah sesuatu yang akan kekal abadi. Mungkin permulaannya bahagia, tetapi penghujungnya derita, begitu juga sebaliknya. Kena ingat. Semua itu akan kita tinggal pergi suatu hari nanti. Cepat atau lambat. Ya! Itulah sangat kita dijemput Izrail. Detik penamatnya kehidupan kita. Yaitu KEMATIAN'. Amal yang baik akan melindungi, amal yang buruk akan menghancuri. Sebaik-baik perkara adalah kerana Allah, dan seburuk-buruk perkara adalah dorongan hawa nafsu.

Saya akhiri kalam ini dengan seribu maaf andai tersilap kata, dan terkasar bahasa.
Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.....untuk diperbaiki.

Assalamu'alaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan